Nuffnang Ads

Thursday, March 21, 2013

Kenapa Saya Menulis Blog?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, mintak2 semuanya sihat lah kan? Saya pun sihat jugak, cuma terasa sedikit panas sebab kejadian petang tadi. Biarlah rahsia, walaupun ramai yang dah tahu kan, takpe2!

Okay, ramai yang bertanya saya, kena berblog? Kenapa nak menulis? Adakah perlu saya jawab "Kenapa tidak?", kalau saya jawab itu, makanya tidak mencapai jawapan yang penanya hendak kan? Takpe, memang banyak saya dapat soalan macamtu. Baiklah, biar saya jawab.

Tujuan saya menulis blog ni sebenarnya adalah untuk berkongsi kisah hidup saya, apa yang saya lalui dalam kehidupan sehari-harian, walaupun saya tidak update setiap jam satu entry tapi saya sebenarnya ada update sekurang-kurangnya satu entry satu hari, lagipun saya bukannya blogger sepenuh masa. Tidaklah saya menidakkan blogger sepenuh masa, tidak sama sekali, cuma, saya mempunyai jadual yang agak padat, jadi, tiada peluang untuk saya update blog saya di hari siang dan saya terpaksa update blog saya di hari malam, kerana itu sahaja masa yang saya dapat.

Memang banyak benda yang hendak saya kongsikan dengan pembaca yang setia ni, cuma kadang-kadang, masa untuk saya update tu takde, dan sehinggakan saya terlupa isi yang hendak saya updatekan sebab hari sudah malam, dan kadang-kadang keletihan menghalang saya untuk update blog.

Solan lain, "Eh, betul ke, buat blog ni boleh buat duit?", jawapan saya, Memang boleh tapi kalau kena caranya. Bukan apa, memang sekarang negara kita agak luas interent coverage kan? Kalau kat banda-bandar tu penuh internet connetion cuma tak semua orang baca blog kita. Kalau nak buat betul-betul, niatkan dalam hati dengan ikhlas, "Saya buka blog ni semata-mata untuk menjana pendapatan", InsyaAllah, dengan izin Allah, segalanya akan menjadi. Sebab apa? Ia bergantung kepada niat kita masing-masing. Macam saya, saya menulis sebab saya hendak berkongsi, makanya, berkongsilah yang saya akan dapat. 

Tapi apa yang penting, ikhlaskan diri kita dan cuba kita cari tujuan sebenar kita menulis blog. Kalau untuk suka-suka, boleh juga, tapi biarlah ia disertakan dengan niat yang betul, kan?

Maaf, saya bukan ustaz untuk bercakap mengenai agama tapi setakat ini, boleh lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Mengantuknya.... Letih.

No comments:

Post a Comment