Nuffnang Ads

Saturday, March 9, 2013

LAWAK Dada di Perut!!

Assalamualaikum WBT,

Salam tengahari, apa khabar di tengahari yang amat panas ni. Shah Alam pun panas kan? Tadi saya tweet dengan kawan saya, katanya panas sangat kat sana. Okay, bawa bersabar okay? Kat Raub pun panas jugak ni, 

Hari ni saya tak memasak cuma beli je makanan di kedai makan, nak dijadikan cerita, ada lah seorang mak cik ni, dia boleh dikatakan seorang usahawan lah agaknya, sebab dia menjual pau yang sejuk beku tu kan. *panjangnya intro saya kan? hehhe. sabar2... the best part is yet to come!

Baik, lepas tu, mak cik ni batuk2 lah, dan tak semena-mena dia cakap "Aduh, sakitnya dada aku ni, batuk-batuk, susah betul" *sambil pegang perut. Saya terkesima lalu berfikir secara kreatif dan kritis untuk memahami situasi tersebut. Lama jugak lah saya berfikir.

Kesimpulan yang saya mampu buat adalah :

1. Takkan dada mak cik tu kat perut!
2. Mustahil dada mak cik tu kat perut!
3. Memang sah lah BUKAN dada mak cik tu kat perut.
4. Mak cik tu tersalah letak tangan.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum WBT

p/s: Samsung Galaxy Tab 2 hehehe...

No comments:

Post a Comment