Nuffnang Ads

Saturday, March 16, 2013

Maksud Lirik Laskar Cinta -DEWA 19

Assalamualaikum WBT,

Malam ni teringin rasanya hendak menulis entry fasal lirik. Lama dah tinggalkan? So, lirik yang terpilih malam ini adalah lirik yang berasal dari negara seberang. Lagu ini amat terkenal dan ramai yang tahu nama kumpulan ini, Dewa 19? Tahu kan? Liriknya adalah Laskar Cinta.

Wahai jiwa jiwa yang tenang
Berhati-hatilah dirimu kepada
Hati-hati yang penuh
Dengan kebencian yang dalam
Karena sesungguhnya iblis
Ada dan bersemayam
Di hati yang penuh dengan benci
Di hati yang penuh dengan prasangka

Penerangan:

Ini adalah penerangannya, ia mengikut pemahaman saya lah, Okay dalam verse yang pertama ini,ia bercakap kepada mereka yang mempunyai hati-hati yang tenang dan selalulah berhati-hati terhadap iblis laknatullah, ini kerana Iblis memang telah bersumpah untuk menghancurkan seluruh anak Adam. Mereka (Iblis) akan selalu cuba untuk menghancurkan dan menyesatkan umat manusia dengan perasaan benci dan prasangka.

Laskar cinta
Sebarkanlah benih-benih cinta
Musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rosakkan jiwa
Karena cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua manusia

Penerangan:
Dalam verse ini, ia bercakap fasal Laskar (askar) cinta, iaitu tentera cinta, ia menyuruh menyebarkan benih-benih cinta, kecintaan kepada Allah, dan hapuskan virus-virus yang mampu mengancam semua kehidupan yang ada. Kecintaan kepada Allah adalah hakikat dan adalah jalan yang paling terang kepada semua manusia. 

Jika kebencian meracunimu
Kepada manusia lainnya
Maka sesungguhnya iblis
Sudah berkuasa atas dirimu

Penerangan:
Dalam verse ini, ia bercakap mengenai akibat jikalau iblis sudah menguasai diri manusia. Jikalau kebencian ada dalam diri manusia, ia bermaksud, iblis sudah menusukkan pedang mereka ke dalam badan anak Adam. Mereka (iblis) sudah berkuasa keatas diri manusia.

Maka jangan pernah berharap
Aku akan mengasihi
Menyayangi
Manusia manusia
Yang penuh benci seperti kamu

Penerangan:
Dalam verse ini, Allah SWT akan tetap menyayangi manusia yang berbuat kesalahan tetapi seperti mana yang kita tahu, adalah kita manusia sebagai hambanya, wajiblah bertaubat supaya tidak melakukan kesalahan yang sama berulang kali. Allah tetap akan menyayangi manusia yang penuh rasa kebencian dalam diri walau apa cara sekali pun kerana Allah adalah Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sekian sahaja interpretasi saya terhadap lirik ini. Ini semua adalah pendapat saya.

Assalamualaikum WBT

p/s: suka dengan lirik yang membawa maksudnya mendalam.

No comments:

Post a Comment