Nuffnang Ads

Thursday, March 28, 2013

Minuman Fiber Jadi Pilihan Untuk Kurus!

Assalamualaikum WBT,

Kenyang sudah sebab baru je lepas makan nasi untuk lunch. Takpe2, still boleh maintain, hehe.. 

Eh, tadi saya naik Giat kejap, GiatMara Raub, hehe, saya pergi tanya cikgu sal minit mesyurat aritu, tapi takpelah cikgu cakap, buat untuk unofficial, bagus tau kalau ada orang bimbing kita, bukan apa, kita ni walaupun banyak pengalaman, orang lain lebih banyak pengalaman dari kita, so, jangan malu untuk bertanya.

Dan, kak Miza dah jadi pembaca blog saya!! yeay, thank you kak miza, tadi kak miza tanya jugak, "camne nak buat blog eyh?", owh, senang je kak miza, nanti saya ajarkan, *jawab saya. Senang ke buka blog? Senang kan? Cuma, nak maintain tu susah sikit, lagipun tadi kak miza nak baut blog sal Giat Mara Raub, saya dengan senang hatinya nak membantu, bukan apa, Giat Mara Raub perlu ada web sendiri, biarpun hanya guna blog, tapi okay tau, sebab orang nak cari iklan sal Giat Raub susah nanti. So, dengan adanya blog yang tak lama lagi nak buat ni, bertambah satu lagi lah kerja kak miza.. hehehe.. mengupdate blog, saya boleh tolong kak miza, amik saya jadi staff eyh? hahaha. :p, duduk bawah RND Department, hehehe.. *verangan gitu..

Eh, dan lagi satu, saya sekarang ni, right this moment, memang sedang minum air fiber. Air fiber buatan sendiri, apa kandungannya? Green Apple + Lemon + Lime +Banana dan Plain water. Rasa? Ya Allah Ya Tuhanku, memang tak sedap tapi memandangkan nak membersihkan usus ni, saya paksa diri, tekak saya minum, kalau nak sihat lah kan. Aritu saya dah minum air minuman kesihatan D'Herbs, memandangkan agak mahal, so, saya decide untuk buat recipe sendiri, kalau kurus, kuruslah, kalau tak kurus, takpe, usaha sendiri..

Tanya juga Junior saya, Ridzuan tu, dia kata, banyakkan exercise dan makan ikut time, jangan lambat, jangan cepat dan jangan lupa exercise, katanya.... hahaha.. aduh, time makan cepat lambat tu, boleh lah, time exercise tu, adoiyai!!!! hahahaha.. *alhamdulillah, habis sudah minuman fiber tu! rasa!! ugh! memanglah kan, ubat mana sedap kan?

Dah lah, nak cuba baju dan seluar baru beli tadi, *habis duit ai nak beli Samsung Galaxy Grand, dah lah tak menoreh ni.. camno ni ha???? hahhaa.. takpe, insyaAllah, kalau ada rezeki, tak kemana rezeki tu kan? InsyaAllah...

Assalamualaikum WBT

p/s: Kak miza, nanti saya ajar eyh?
p/s: Dah Ber-Keek lak orang.. saya bila lagi?

No comments:

Post a Comment