Nuffnang Ads

Friday, March 8, 2013

Nak peluang kerja? Undi Pembangkang?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Hari ni saya update blog awal sikit, hehehe, biasalah, kalau ada mood nak update blog tu, macam2 idea yang hendak ditulis, tapi kadang-kadang takde idea tu, macam-macam la alasan tak nak update blog, hahahaha... itu je lah,

Eh, tadi ada kenalan cakap, "kalau nak kerja senang dapat kerja, undilah pembangkang", sejujurnya, saya tidak tau apa maksudnya di situ. Adakah dia bermaksud pembangkang akan memberikan peluang pekerjaan kalau pilih mereka menubuhkan kerajaan atau, undi pembangkang kerana hendak menakut-nakutkan kerajaan yang sedia ada. Saya tidak tau. Memang. 

Kebetulan, tadi ada beberapa orang dari Pakatan Rakyat yang menyebarkan akhbar mereka. Tulisan mereka lebih kurang sama je dengan tulisan akhbar kerajaan, Terlupa pulak saya mengambilnya satu. Kalau tidak boleh saya comparekan tulisan mereka dengan tulisan akhbar kerajaan. kan? hehehe... 

Dan, kenalan yang sama kata, "Eh, nanti marah pulak ayah awak, ayah awak kan ketua kampung". Saya jawab, "kita kena baca banyak sumber, dan dari situ, kita kenalah membuat pertimbangan, mana yang betul dan mana yang tidak betul, sumber berbeza membawa kepada pertimbangan yang berbeza. Betul tak?"

Sunyi sambutannya.

Assalamualaikum WBT

p/s: saya baca semua artikel!

No comments:

Post a Comment