Nuffnang Ads

Thursday, March 14, 2013

Nyaris Saya Dilanggar Babi!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Terlambat pulak malam ni update kan? Kan? Takde lah, selalunya awal daripada ini. Tadi kan, saya pergi tolong mak dan ayah buat kebun. Alhamdulillah, saya sebenarnya seronok dapat pergi ke kebun, boleh bakar kayu. Some says bakar kayu tu pencemaran alam, but saya cakap, ia untuk mencari rezeki. Memang macamtu, nak buat camne, takkan nak tanam pokok getah dalam hutan belantara kan? *lama tak guna perkataan belantara, hehehe..

Itu baru introduction tu, ni nak masuk the hi-lite cerita, tadi, otw nak balik, kami terserempak dengan dua ekot babi!!! aarrgghhh!! takut sangat! sebab apa? Sebab diaorang dalam keadaan terkejut, nasib baik saya naik sorang, mak saya nak dengan sepupu saya, naik Hilux, kalau tak, lagi havoc agaknya, boleh jatuh. Sebenarnya ada dua ekor babi, disebabkan terkejut dengan kehadiran kami, kedua-dua ekor babi tu lari membabi-buta. *betullah ayat membabi-buta tu, memang buta sungguh kalau mereka lagi, main redah je! Serious! Lepas tu, sekor daripada 2 ekor babi tu lepas naik tebing, tapi sekor lagi tu tak lepas, dan ia nyaris berlari ke arah saya yang sedang menaiki motorsikal. 

Perasaan masa tu, Allah sahaja yang tahu. Memang tak patut kita takutkan haiwan, cuma,kalau haiwan tu mampu mengancam nyawa kita, wajib kita berasa takut. Kalau saya dilanggar babi-babi itu, mungkin saya mati, mungkin juga saya akan cedera parah, tapi alhamdulillah, saya tidak apa-apa, masih dipinjamkan nyawa oleh Allah. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur sebenarnya. Alhamdulillah. Saya sungguh takut sebenarnya. Bukan apa, saya pernah lihat mangsa-mangsa yang dilanggar babi, sungguh dasyat. Ada sesetengah mangsa mendapat cedera parah sebab itu saya takut.

So, jagalah keselamatan dengan baik. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Kenapa kelopak mata kiri saya asyik berkedip saja? 

No comments:

Post a Comment