Nuffnang Ads

Wednesday, March 27, 2013

Pembenihan Hujan, please!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti anda sihat kan? Alhamdulillah, takpe kalau sihat, itu lah yang kita mahukan, okay? 

Seperti mana yang kita semua tahu, sekarang ni cuaca amat panas kan? Tapi kan, saya teringat masa zaman Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang semasa pemerintahan beliau, cuaca juga begitu panas, sehinggakan memaksa beliau untuk mengarahkan pembenihan awan dilakukan untuk menggalakkan hujan. Ingat tak? Ada sesiapa ingat tak? Kalau tak ingat takpe, cuma search dalam google ni, mesti jumpa.

Ada tahun aritu Kerajaan buat pembenihan awan hujan sebab nak menggalakkan hujan, dan buat masa sekarang ini, saya AMAT BERSETUJU JIKALAU WANG yang ada itu dibuat modal untuk pembenihan hujan, at least benefit untuk semua kan? Tak kira parti, takkan nak asing-asingkan hujan betul tak? Ia juga dapat menyelesaikan masalah Empangan Langat yang makin lama makin kering tu? Kami kat sini pun tak dapat hujan, semalam ada lah sikit, itu pun beberapa minit je. Kerajaan tak kesian ke dengan rakyat? Korang takpe lah, pemimpin semua duduk dalam aircond, duduk je, sejuk, kami ni, panas tau tak? Korang tak tau. Kami ni golongan bawahan yang sering bekerja panas-panas, duduk di luar dan kepanasan.

Cubalah korang fikir sikit, jangan dok nak fikir beri bantuan dalam bentuk material, duit, itu lah, ini lah. Cuba fikir? Payah sangat ke nak gerakkan otak korang yang bukan main cerdik tu? Mentadbir negara boleh, takkan nak fikir benda mudah ni tak boleh? ha? Payah? Kalau payah, macamni lah, datanglah ke Kampung Jenud ni, tanpa kipas, tanpa aircond, tanpa ais yang boleh membasahkan tekak korang, cuba datang. Tanpa orang ramai bersesak, bukan apa, kalau ramai sangat, nanti takut korang sesak nafas, iya lah, sesak sangat kan.

Okay lah, rasanya, sudah terang lagi bersuluh apa yang ingin saya sampaikan tu, So, faham-fahamlah yer.

Assalamualaikum WBT

p/s:Banjir besar lak di China.

No comments:

Post a Comment