Nuffnang Ads

Wednesday, March 27, 2013

Peragut Wajib DiBELASAH!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Harapnya semua sudah kenyang. iyalah, tadi dah lunch kan? Kalau nak makan lagi pun, makan sikit2 dah lah, jangan banyak2. Okay?

Tadi saya pergi klinik, teman mak pergi klinik, dan saya pun buat saringan jugak. saya checked tadi, BP saya 140/75, misi tu cakap, "umur adik berapa?" saya jawab "25 tahun " sambil tersenyum, sebenarnya, memang saya dah tahu dah apa yang hendak misi tu cakap, "okay, kalau macamni, adik kena banyakkan exercise, kurangkan makan nasi dan lebihkan minum air". Saya pun senyum dan angguk. Hehehe.. memang saya malas nak makan ubat sebenarnya, bukan apa, kadang-kadang, makan ubat ni menyebabkan kita kebergantungan kepada sesuatu. Susah lak saya nanti, kena makan ubat ikut masa lah, pastu kena makan ubat bertambun-tambun, tak nak lah!! hahaha... sekali makan 16 biji ubat, semata-mata hendak baik, padahal! noway! TAK NAK!

Lepas tu kan, tadi saya ada baca fasal "Patutkah peragut dibelasah?". Korang nak tau jawapan saya? Memang patut! sebab apa? Selain dia menganggu-gugat keselamatan orang ramai dengan melakukan dosa kan, dia juga akan mengganggu perjalanan manusia. Contoh eyh, kalau ada seorang peragut, lepas tu dia ragut orang lain, takke dia akan menganggu urusan orang lain, seperti pergi ke pejabat post, nak bayar wang ke, kirim wang ke, then kalau wang tu tak dikirim, mesti keluarga tak dapat wang, susahkan keluarga pulak, haaa. camtu lah, senang je, so, jangan mengada nak meragut, sebab alasan untuk dibelasah itu banyak, kalau peragut tu tak lembik dibelasah, memang tak sah lah, sek bek je korang tak mati, kalau mati? Lagi naya, takde orang nak mengaku kematian korang.

Lagi satu, orang lain letih-letih cari duit, korang nak ragut. Saya tak tau lah itu memang kerja korang ke apa, ada KWSP eyh? ada SOCSO eyh? Ke korang kerja bawah syarikat ke apa? Cari lah kerja yang elok2 sikit, janganlah meragut bagai, Tak nak jadi lembu kan? iya lah, meragut? Lembu meragut rumput. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Mintak simpang dengan benda-benda macamni.

No comments:

Post a Comment