Nuffnang Ads

Monday, March 4, 2013

Program Jatidiri dan Kepimpinan Pelatih Giat Mara Raub Dengan Tentera di Kem Puncak Mas Raub.

Assalamualaikum WBT!!!!

 Apa khabar? Lama sungguh rasanya tidak keudara kan? Iya lah, bukan apa, sebab aritu saya ada kem Jatidiri dan Kepimpinan Pelatih Giat Mara Raub dengan Tentera di Kem Puncak Mas Raub. Alhamdulillah, seronok! Walaupun menjalani beberapa regime yang agak menyakitkan, tapi masih saya bernafas sampai sekarang. hehehe..

Saya akan cerita kan sedikit sebanyak daripada pengalaman yang saya dapati sepanjang program tersebut berlangsung, okay? hehehe...

Okay, program tersebut bermula pada 1 (Jumaat) March - 3 (Ahad) March 2013 dan kami mendaftar masuk ke Kem tersebut pada pukul 5.00 petang 1 hb. Sebenarnya, jikalau hendak dibandingkan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), program yang kami lalui ini adalah jauh lebih mudah dari segi latihan. Alhamdulillah, ia dilalui dengan baik sekali, alhamdulillah. 

Baik, terdapat banyak aktiviti yang kami lakukan sebenarnya, kami diperkenalkan dengan askar Wataniah, kawad kaki, dan juga bekerja dalam kumpulan. Sebenarnya, banyak lagi, lebih-lebih lagi saya, saya menjadi pengacara majlis kepada dua majlis kecil, heehe,, yang pertama adalah, Majlis Malam Akrab dan yang keduanya adalah, Majlis penutup. Okay, untuk majlis yang pertama, I did terribly *seriousy, saya rasa sangat down dek kerana majlis yang saya acarakan, memang teruk, namun, selepas tidur pada malam tersebut, saya kembali mengacarakan satu majlis lagi, iaitu majlis penutup program pada keesokkan harinya, untuk acara tersebut, saya buat dengan baik. Alhamdulillah, saya boleh katakan, saya berpuas hati dengan apa yang saya acarakan. Alhamdulillah. Syukur sangat2!

Selain daripada latihan yang agak meletihkan itu, banyak lagi perkara yang saya dapat. Saya dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan pelatih GiatMara Raub yang lain, sebab apa? Sebelum ni, kami ibarat terasing dan masih tidak kenal antara satu sama lain, tetapi dengan adanya program ini, kami pelatih lelaki menjadi agak rapat dan boleh berborak antara satu sama lain. Alhamdulillah. 

Dan kepada semua tenaga pengajar Giat Mara Raub, (Cikgu Mail, Cikgu Izam, Cikgu Mas, Cikgu Bob, Cikgu Nasir, Kak Miza dan juga Pengurus GM Raub,  Encik Mohamad Nazari bin Leman), jurulatih askar di Kem Puncak Mas, (Let. Kol. Aznan bin Bon, Sjn. Shuib dan Sarjan-sarjan lain dan anggota penugasan yang lain), Encik Mazlan, Encik Yusri, Encik Azaman, terima kasih diucapkan kepada semua atas segala jasa yang dicurahkan dalam memastikan kelancaran perjalanan program. Terima kasih!!

Kepada tetamu kehormat yang hadir seperti Yang Berbahagia, Dato' Shahiruddin bin Hj Abdul Moin, Pengerusi Giat Mara Malaysia, terima kasih atas galakan yang diberikan, terima kasih Dato'.

Dan, tidak lupa juga, kepada semua pelatih Giat Mara Raub Sesi 2013, tahniah kerana berjaya menamatkan Program Latihan Jatidiri dan Kepimpinan di Puncak Mas Raub!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Ya Allah, Engkau selamatkanlah mereka yang berjuang demi keselamatan negara Malaysia, hanya Engkau yang mampu menyelamatkan kami, Ya Allah. Ya Allah, Engkau hancurkan semua musuh-musuh Kami Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Engkau lindungilah semua pejuang-pejuang Kami, Ya Allah. #Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment