Nuffnang Ads

Tuesday, March 12, 2013

Rakyat mahukan Kebenaran!

Assalamualaikum WBT,

Mesti semua sihat lagi kan? Ke ada yang dah tidur? Meretuh eh? *itu bahasa kampung saya, meretuh itu adalah tidur dengan nyenyak sampai berkeroh. *keroh pun adalah salah satu daripada bahasa kampung saya, keroh adalah dengkur. *wah! tetibe masuk bab bahasa dialek lak kan? hahaha.. 

Takpe2.. saya cuma nak cakap kerisauan saya terhadap keadaan politik Malaysia, kepalsuan berita yang disampaikan oleh kebanyakkan media, media tidak berlaku adil, media putar belit berita yang ada dan most important is the keadaan di Sabah yang sebenarnya semakin meruncing. 

Nampak penyampaian points saya di situ? Mula-mula saya cakap fasal politik Malaysia kan? then palsunya berita, ketidakadilan media, media putar belit berita dan sampailah ke keadaan meruncing di Sabah. Maaf, bukan saya tidak yakin dengan kerajaan sekarang, cuma, dengan masalah yang bertalu-talu menyerang dan cara yang seolah-olah bermegah dengan cara sendiri, aduh, saya tidak mahu ini berlaku. 

Kenapa negara Malaysia yang dahulunya boleh dikatakan aman damai telah boleh dikatakan porak peranda? Kenapa?  Dahulunya saya melihat keadaan bergolak di Thailand, Myanmar, Asia Barat, di muka tv tetapi sekarang, kelihatan berita itu semakin pudar dan diisi pula dengan keadaan di Sabah, Malaysia yang semakin meruncing? Kenapa? aduh! Saya sebenarnya risau, apakah keadaan ini akan berlarutan sampai bila-bila? Tidakkan ada jalan lain yang boleh dilakukan?

Mungkin saya bukan perancangan strategi peperangan yang baik, dan saya juga mungkin bukan seorang menteri yang mampu menggalakkan perdamaian, tetapi saya adalah RAKYAT MALAYSIA yang tidak mahu keadaan ini berlarut sampai bila-bila, sebenarnya, kami semua takut! Iya. sejujurnya, kami semua takut dengan apa yang berlaku sekarang.

Dengan keadaan politik yang agak terumbang-ambing, keadaan goyah dalam parti kerajaan sekarang, parti pembangkang yang semakin cuba untuk memenangi hati rakyat dengan pelbagai tomahan kepada kerajaan sekarang. Hey?? Kenapa segala kejian dipraktikkan sekarang? Jelas sekali bukan? Pemimpin (SEMUA PARTI) menggunakan tomahan, kejian untuk mendapatkan undi, menghentam parti lain, mengatakan benda buruk kepada parti lain, parti itu kata parti ini, parti ini buruk parti itu, SAMPAI BILA? Tidakkah kita dicanang sebagai negara Islam, negara yang menjadi pilihan dari segi pentadbiran? Jikalau begini caranya, respect other countries would just be fading away.

Jujur saya cakap, banyak sifat kebanggaan ditunjukkan di dalam setiap pemimpin politik  sekarang, dari setiap parti. Jelas sekali sifat bangga diri, sifat suka menunjuk-nunjuk, sifat suka akan kemewahan dan yang paling hebat adalah sifat menginginkan rasuah.

Ingat tak dulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang cuba menghapuskan RASUAH, KORUPSI dalam pentadbiran kerajaan Malaysia? Ada yang menyokong perkara ini dan ada juga yang mengatakan "Tanpa rasuah, negara tak jalan laaa". Katanya, wow, saya terdiam!

Masuk pulak kepada Media. Media memang memainkan peranan dalam hidup kita seharian kan? Macam-macam yang disogok, disuap, disudukan kepada kita. Kadang-kadang, apa yang dikatakan itu sebenarnya lain maksudnya, tetapi dek kerana ghairah mendapatkan rating, kebenaran dikaburkan. Sayang.

Begitu juga dengan media cetak yang semakin hari semakin cuba untuk menyampaikan berita yang seolah-olah berat sebelah, Pro kerajaan. Sebenarnyakan, saya lebih selesa membaca artikel yang tidak mempunyai apa-apa pengaruh politik di dalamnya. Kesian kan?

Maaflah jikalau pendapat saya ini menyinggung perasaan orang, ini pendapat saya sendiri, seperti mana Zahid Hamidi cakap tadi dalam sebuah rancangan di TV1, "Setiap orang mempunyai pendapat, pandangan masing-masing". Bukan hendak menghentam, cuma ingin menyampaikan apa yang terbuku di hati ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: saya nak tidur awal, esok nak sekolah!!

No comments:

Post a Comment