Nuffnang Ads

Wednesday, March 13, 2013

Saya Nyaris Kemalangan Akibat Mengantuk???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? Saya ni tak berapa sihat lah, tadi semasa memandu kereta untuk balik dari Giat, beberapa kali saya terlelap sebab terlalu mengantuk, mungkin terlalu letih kot, tapi memang terlelap ketika memandu. Lepas tu, satu cara untuk saya menghilangkan mengantuk adala dengan menguatkan volume radio dan mendengar lagu dengan agak kuat, tidak semena-mena, mengantuk saya hilang dengan cepat, Alhamdulillah, kalau tidak mungkin saya entah terbabas di mana-mana. Takut!

Alhamdulillah, tadi kami belajar membuat pakaian yang baru, iaitu, membuat kemeja dan kemeja hendaklah dibuat dalam jangka masa 5 hari, alhamdulillah, tadi saya telah siap membuat pola dan telah siap memotong kain untuk dijahit. Mungkin esok, kami akan mencantum kain dan seterusnya membuat kolar untuk baju kemeja. Saya sebenarnya memang excited sebab belajar buat kemeja memang best, lagipun, kalau dah pandai buat kemeja nanti, senang lah nak buat kemeja untuk diri sendiri, tak payah susah-susah beli kemeja yang memang selalunya mahal kalau untuk saiz badan macam saya ni.

Pastu, baju lain semua cantik-cantik, pastu kalau untuk saiz badan saya, takde saiz. Keciwa? Memang, so, sebab tu lah saya belajar menjahit ni. hihu... 

Apa-apa pun, saya malam ni memang nak berehat dan tidur awal, seawal yang mungkin, ni lepas update blog ni, saya nak tidur, terlalu letih, dan terlalu mengantuk lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Bulan 5!!!

No comments:

Post a Comment