Nuffnang Ads

Sunday, March 17, 2013

Teguran, Sikap dan Penerimaan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Tadi saya sempat membaca beberapa entry saya yang lepas, memang terdapat banyak perbezaan dengan sekarang, rasanya, entry sekarang lebih composed dan lebih elok di pandang mata serta penyusunan ayatnya lebih baik. Bangga sekejap.

Tetapi, saya tadi lihat ada entry saya yang mendapat perhatian, maaf, saya telah delete entry tersebut sebab saya rasakan, ia sudah cukup lama untuk semua tahu akan sesuatu. Entry tersebut adalah fasal komen saya terhadap seorang pekerja Giant Kuala Terengganu. Sebenarnya, saya suka pergi Giant Kuala Terengganu masa saya belajar dahulu, tetapi, kadang-kadang, ada dalam kalangan mereka yang mempunyai sikap yang agak kurang ajar. Untuk melihat mereka senyuam adalah satu perkara yang agak susah. Kalau ikutkan hati saya, hendak sahaja saya laporkan kepada pengurus mereka tetapi saya masih mampu bersabar.

Bercakap fasal sikap, saya pun ada sikap yang saya sendiri tidak suka tentang diri saya, tetapi, jikalau kita selalu muhasabah diri dan cuba sedaya upaya untuk membaiki diri kita sendiri, ia adalah sesuatu yang baik sebenarnya. Bila orang tegur kita, hendaklah kita cuba untuk menerimanya dengan hati yang terbuka. Sama dengan saya, masa dahulu, saya selalu ditegur orang tentang penampilan saya, pakaian saya, 'confident' saya yang selalu disalahertikan, percakapan saya dan banyak lagi, mereka menegur sebenarnya kerana ingin melihat kita tidak dibenci orang. Mereka sebenarnya sayang kepada diri kita, mereka ingin melihat kita berubah, tetapi ada yang tidak menegur kita dan selalu mengiyakan itu adalah mereka yang ingin melihat kita hancur. Itu yang pasti sebenarnya.

Jadi, jikalau ditegur, samaada cara itu betul atau tidak, pokok pangkalnya, mereka ingin menegur, makanya, buangkanlah cara teguran itu, ambil isi teguran tersebut. Payah.pahit? memang, tetapi itu lah yang sebenarnya. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang apa yang kita buat, dan kadang-kadang kita merasakan apa yang kita buat itu semuanya betul, tapi percayalah, kadang-kadang, kita kena terima hakikat yang kita juga buat salah. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: saya nak memasak lak!

No comments:

Post a Comment