Nuffnang Ads

Saturday, March 9, 2013

Tidak bermakna saya nak pergi haji tahun ni.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, saya masih sihat walafiat, alhamdulillah. 

Hari ni, saya buat entry pagi, sebab apa? Sebab, hari ni hari Sabtu dan saya ada masa untuk update satu entry sebelum pergi ke bandar. Hari ni hari Sabtu so, ada kursus, saya kena pergi sebab dah dua minggu saya tinggalkan kursus haji, makanya wajib pergi minggu ni.

Ada kawan tanya, "eh, dengar cerita ko nak pergi haji, betul ke?", masuk kursus haji, tidak semestinya nak pergi haji dik dalam masa terdekat, saya mendaftar pun belum, ini kan nak pergi haji, orang kata,kalau nak pergi haji, hati ke suci, bersih, ilmu di dada kena banyak, dan lagi satu,kalau ada hutang or orang sakit hari dengan kita, hendaklah kita mintak maaf, jadinya, memang tidak lagi la untuk saya hendak pergi haji, dalam hal ini, saya dikira tidak berkemampuan untuk pergi, jikalau pun saya berkemampuan dari segi wang ringgit, tetapi saya masih miskin dari segi ilmunya. Jadinya, itu lah sebab saya pergi ke kursus haji tu, untuk mendalami ilmu haji. Okay? Jelas? 

Contoh, kalau nak kahwin, kena amik kursus kahwin kan? Tapi sekarang ni, orang nak kahwin hari ni, amik kursus 2 minggu lepas kan? camtu? Mungkin sebab itu lah, orang tanya saya nak pergi haji ke kot, haha... mungkin. hahaha...

Takpe lah, saya jawab dan jelaskan hal sebenarnya kalau orang tanya saya. ka?

Assalamualaikum WBT

p/s: nak bersiap dah.

No comments:

Post a Comment