Nuffnang Ads

Friday, March 8, 2013

WAJIB lulus Bahasa Inggeris 2016.

Assalamualaikum WBT,

Okay, sekali lagi apa khabar? mesti semua sihat kan?

Tadi saya terdengar berita iaitu pada tahun 2016, subject Bahasa Inggeris akan menjadi salah satu daripada subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Hebat? Tak hebat? Entah, saya dah lepas dan melihatkan arus kemodenan yang ada sekarang, yang bukan main laju lagi, hp Samsung semua ditangan, touch screen lagi, sebenarnya, tidak ada masalah untuk pelajar kita lulus *ingat! lulus sahaja, dalam subjek bahasa Inggeris. Lagipun, Bahasa Inggeris bukan payah mana. hehehe...

Ramai cikgu yang terlatih yang boleh mengajar pelajar-pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris, sebenarnya, dalam mempelajari bahasa yang baru ni memerlukan banyak perkara, salah satu daripadanya adalah minat. Alhamdulillah, saya memang minat akan bahasa Inggeris, tahun akhir di Uni, saya buat tajuk Language Acquisition dan sebenarnya, minda kita mampu belajar new language (s). Cuma, apa yang perlu adalah, banyakkan berlatih dan banyakkan membaca.

Memang, setiap bahasa ada sistem dan tatabahasa yang perlu kuasai sebab apa? Sebab, bahasa tanpa sistem dan tatabahasa adalah bukan bahasa. *itu yang saya belajar lah dulu. Thanks lecturers. Jadinya, sebelum menguasai bahasa Inggeris, adalah baik jikalau semua pelajar MEMAHAMI bahasa Inggeris itu dahulu. Untuk memahami bahasa Inggeris, kita kena lah banyak membaca dan membuat latihan. Contoh, kalau nak belajar matematik, kita kena banyakkan buat latihan kan? Baru faham kan? Tujuan buat latihan adalah untuk mendapatkan hasil tanpa kesalahan bukan untuk mendapatkan hasil yang betul. Sebab apa? Kalau kita dapat hasil yang betul, kita tak nak buat dah, tapi bila kita buat untuk mengelakkan kesalahan, makanya, kita akan cepat faham. Macamtu lah.

Belajar tatabahasa dahulu, then baru kita melangkah pergi ke element-element yang lain, bukan susah sebenarnya, cuma kita kena faham dengan betul dan insyaAllah, kita akan dapat berkomunikasi dengan baik, dan lagi satu, JANGAN TAKUT BUAT KESALAHAN! okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: saya pun buat salah juga.

No comments:

Post a Comment