Nuffnang Ads

Sunday, April 7, 2013

3 Juta orang pengundi baru!

Assalamualaikum WBT,

Sihat tak hari ni? Mesti semua sihat kan? Hari ni adalah hari Ahad, jadinya, mesti ramai yang berehat dan bermalas-malasan di rumah kan? Alhamdulillah, bersyukur kita kepada rezeki yang Allah SWT bagikan.

Okay, Demam Pilihanraya sudah bermula, *sebenarnya dah mula lama dah kan? hehehe, cuma selepas Manifesto BN di umumkan pada malam semalam, semakin banyak kata-kata dan pendapat-pendapat yang diberikan oleh ramai orang, di Facebook, Twitter, Blog, Tumblr dan lain-lain lagi media sosial yang sering kali menjadi pilihan untuk menyuarakan pendapat dan ia juga termasuk la saya, saya juga menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat murni saya ini. *pembaca? Entah, baca je lah eyh?

Saya sebenarnya mahukan negara yang aman dari segi pentadbiran ekonomi, politik, pendidikan dan sektor pekerjaan. Bagaimana? Saya tidak tahu, sebab itu sebagai pengundi, kita kena mengundi dengan bijak. Bercakap mengenai pengundi, masih ramai orang diluar sana yang boleh mengundi tetapi tidak mengundi. Apabila ditanya mengenai daftar pemilih, ini antara jawapan yang diberikan,

"Malaslah nak daftar, takde beza pun undi aku"

"Biarlah, nanti-nanti lah aku daftar, lagipun mesti menang punya"

"Apahal pulak aku, ramai lagi orang lain tak daftar, kenapa asyik aku je"

"Aku sokong pembangkang, kalau aku undi pun, pembangkang tetap tak menang"

"Aku tak terlibat dalam pembentukan sesebuah negara, biarlah dorang je"

Ini adalah jawapan-jawapan yang bongok serta tidak masuk akal LANGSUNG! Ada bunyinya, kita rakyat tidak masuk dalam pembentukkan sesebuah negara. Jawapan anda SALAH! Kita rakyat dan kita mengundi dan memang kita semua terlibat SECARA LANGSUNG dalam pembentukan sesebuah negara. Jangan fikir kita hanya rakyat, tidak mempunyai apa-apa jawatan, tidak terlibat dalam pembentukan sesebuah negara? Jangan! 

Pada masa sekarang, seramai 3 juta pengundi baru yang terdiri daripada golongan muda yang telah berdaftar. Mungkin adalah lebih dari 1 juta lagi pengundi yang tidak berdaftar. Jangan nanti, kamu menyokong parti lain tiba-tiba, parti yang anda sokong, tidak menang, Wajiblah anda salahkan diri anda sendiri diatas kekalahan tersebut, sebab apa? Sebab anda tidak berdaftar mengundi!

Contoh, BN menang lagi dan diberi mandat oleh rakyat, tetapi anda menyokong parti lain, janganlah ada diantara mereka membuat undi tidak percaya, sebab apa? Sebab mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak berdaftar. Kalau cukup umur sekali pun, tetapi tidak berdaftar, tidak ada gunanya. Tetap tidak boleh mengundi.

Assalamualaikum WBT

p/s: Saya pertama kali Mengundi! Excited!

2 comments:

  1. Manusia mmg gitu..orang dah bagi hak mengundi tapi taknak buat..kononnye pembangkang ngan kerajaan sama je xleh pakai..dah ko buat la parti sendiri

    ReplyDelete
  2. NAz : kan,,, time kalah berbunyi, time menang lagi lah bersoraknnya, yang kalah lagi lah berbunyi kata itu tak adil, ini tak adil, itu tak telus, ini tak telus. padahal?

    ReplyDelete