Nuffnang Ads

Sunday, April 7, 2013

ABPBH 2012 Kurang Menyengat?? Berterabur?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Tengok tak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 yang sedang ditayangkan di TV3?? *banyak tanda tanya tu sebab curious!

Saya tak faham lah kenapa kualiti penganjuran semakin lama semakin kurang, semakin rendah kualitinya. Saya memang pelik sungguh! Sepatutnya, semakin lama, semakin pandai, dan semakin cantik penganjurannya, tapi ini tidak.

Siapa tengok persembahan pembukaan yang memang rendah kualitinya? Siapa tengok? Saya juga ternanti-nanti akan persembahan yang teratur tetapi lebih dramatik dan mengikut tema, dan sejujurnya, memang muzik amat mengikut tema, TERABUR! Memang Ledakan Geometri sangat! Tersangat terledak dek geometri yang terlampau.


saya lebih sukakan versi Apo Kono Eh Jang yang dilantunkan oleh Mastura dan Elly Noor yang mengimbau kembali kenangan lama. Lepas masuk je Fida, Stellar dan Datuk AC Mizal, muzik termasuk pula elemen geometri terabur, habis! Hancus. Mungkin saya tidak pandai menilai muzik dari segi kehebatan tapi saya tahu apa yang saya dengar. Memang saya tahu, saya mendengar banyak muzik, tetapi, muzik arrangement yang dilakukan pada pembukaan adalah amat luar jangkaan saya. Maaf.

Pertukaran pengacara majlis juga sedikit memberikan kesan, jika dahulunya Raja Azura dan Sharifah Shahira membawakan sesuatu ke dalam majlis, dengan penuh tawa dan kadang-kadang sedikit overrun, tetapi masih mengekalkan nilai-nilai yang dibawa sejak sekian lama.

Tetapi untuk kali ini, Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan diberikan peluang untuk mengacarakan majlis, terdapat agak banyak kesilapan yang dilakukan, saya tidak berpuashati. Keserasian Zizan Razak dengan Johan memang tidak dapat dinafikan, tetapi, Zizan dengan Fara Fauzana, dan Johan dan Fara Fauzana, agak kurang. maaf. Kembalikan Raja Azura dan Sharifah Shahira yang membawakan 'flare' kepada ABPBH.

Lagi satu, kenapa majlis kali ini kelihatan lebih tidak teratur daripada majlis-majlis ABPBH yang terdahulu? Kesilapan dimana ye?

Tetapi apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan bakal pemenang yang akan menerima ABPBH 2012 okay? Penerima trofi perlulah lebih banyak melakukan tugas pada tahun ini untuk mengekalkan kedudukan anda.

Kepada, Datuk Aznil Haji Nawawi, Wawa Zainal, Fara Fauzana, Black dan Malque, Faizal Ismail, Didie Alias, Aaron Aziz, Nabila Huda, Zizan Razak , tahniah kepada anda semua kerana masih dipilih untuk dijadikan favourite untuk menang dan mendapat tempat di dalam hati peminat. Tahniah!

Assalamualaikum WBT

p/s: Kurang bersemangat untuk menyaksikannya.

No comments:

Post a Comment