Nuffnang Ads

Friday, April 5, 2013

Analisis Dan Pertanyaan Parlimen BUBAR.

Assalamualaikum WBT, 

Apa khabar? Kali ini, saya hendak menulis dalam bahasa Melayu la pulak, walaupun pensyarah saya menyuruh saya menulis dalam English, secara berterusan. Hehehe.. Madam, I have readers to entertain.hehehe..

Ehem, memandangkan hari ni adalah hari Jumaat, penghulu segala hari dan esok adalah cuti, makanya, saya amat ingin mengucapkan kepada semua, selamat berhujung minggu.

Seperti mana yang kita semua maklum, Parlimen sudah dibubarkan oleh Dato' Seri Najib setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Amat Mulia Sultan Abdul Halim, pada 3 April 2013. Ditanyakan media kepada Dato' Seri Najib, kenapa 3 April? Apa yang istimewanya, DS Najib menjawab, "Feel like its The Day". Semasa mengumumkan, pembubaran Parlimen, jelas kelihatan riak air muka DS Najib yang kelihatan agak risau dan memang beliau risau. Tau tak kerana apa?

Saya bertanyakan kepada ayah saya, 

"Ayah, tengok air muka DS Najib tu, nampak risau je.." 

Ayah menjawab, 

"Memanglah dia risau, sebab dia sebenarnya takut, nanti kalau menang, pihak pembangkang akan charge dia bersekongkol dengan SPRM mengenai undi, kacau bilau pulak negara nanti".

Ada betulnya, memang ada betulnya. Secara jujurnya, mungkin dirisaukan keadaan politk sekarang yang rata-rata mendapati bahawa, keputusan dikatakan akan sengit. Sesengit mana? Kita lihat nanti. Pelbagai bendera parti telah dinaikkan dan pelbagai isu telah dibangkitkan DAN talking trash about others makes things worst. Tolonglah, kepada semua politicians, nak cakap buruk pun, tengok-tengoklah dulu, jangan buat dosa, fikir-fikir jugaklah.. okay?

Publisiti memang diberikan kepada politik sekarang, ramai artis telah menyatakan sokongan mereka kepada parti pilihan masing-masing. Hebat artis sekarang, memang sudah berubah senario politik di Malaysia, adakah ia semakin baik? atau ia semakin buruk?

Adakah janji ditepati?
Adakah rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?
Adakah benar Manifesto bukan janji?
Adakah terbentuk sebuah negeri kebajikan?

sama-sama kita lihat sekeliling, lihat diri sendiri dan lihat orang lain. Tanya pada diri sendiri, apakah yang diinginkan? Apakah ini yang aku mahukan? Tanya pada diri.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sedap lak menulis.

2 comments:

  1. huhu...when it comes to politics,i have no idea what to talk about...nak ckp salah,xcakap pun salah..wawawawawawa...im not into this

    ReplyDelete
  2. Izzah Malek : yes, politics is something that needs studying, plus, we cannot just assume, we need to do it.. like the manifesto, they (politicians) need to actually make dreams come true why? Because MANIFESTO is PROMISES.

    Hey, thank you for commenting on my blog, really appreciate it.

    ReplyDelete