Nuffnang Ads

Wednesday, April 3, 2013

Banyak Permasalahan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua pembaca sihat kan? Alhamdulillah, takpe, hari rasa macam agak kusut sikit, tapi walau bagaimanapun, saya tetap okay sebab petang tadi hujan. Dan satu lagi berita adalah, Parlimen sudah bubar, tadi Datuk Seri Najib umumkan pembubaran. Okay lah...

Dan nak dijadikan cerita, hari ni juga hujan, ia seolah-olah merestui pembubaran Parlimen tapi saya tidak tahu lah, tidaklah saya tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Hehehe...

Korang mesti ada masalah kan? Setiap manusia mesti ada masalah kan? Cuma ia bergantung kepada setiap manusia bagaimana hendak menyelesaikan masalah kan? Memang betul, masalah ada untuk diselesaikan dan jangan larikan diri dari masalah sebab nanti masalah tidak selesai. Cuma, kadang-kadang pemikiran manusia adalah berbeza, setiap orang mempunyai rasa yang berbeza, mempunyai cara yang berbeza dalam memandang sesuatu permasalahan yang ada. 

Dalam setiap keluarga pun ada masalah dan sebenarnya, ia bergantung kepada bagaimana kita hendak menyelesaikan permasalah tersebut. Kalau satu pihak tidak mampu untuk menerima teguran, memang susah lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: memang pening. memang.

No comments:

Post a Comment