Nuffnang Ads

Tuesday, April 2, 2013

Bersama Mu dan Power Root Sinar Harapan. Bagus ke program ni?

Assalamualaikum WBT,

Sekejap berblog dengan Samsung Grand, sekejap berblog dengan laptop.. macam-macam noo... hehehe.. tapi takpe, asalkan berblog kan?

Okay, tadi ada satu perkara yang menarik dan sungguh menarik saya untuk memberikan sedikit komen. Bukan lah nak komen macam kaw-kaw punya kan, cuma nak sekadar memberikan pendapat yang tersirat di dalam hati. Boleh kan?

Korang semua mesti tahu fasal cerita realiti kehidupan yang diberi nama Bersamamu dan ada lagi satu program yang sedemikian rupa yang diberi nama, Power Root Sinar Kehidupan, maaf kalau salah, bukan niat saya nak salahkan nama orang lain kan, cumakan, tertarik saya untuk komen dari beberapa sudut.

Host dan cara penyampaian :

Bersamamu telah banyak host tetapi cara penyampaiannya seolah-olah sama kerana ia telah distandardkan oleh penyampai pertama iaitu Mazlin Nordin, maafkan saya kalau saya salah, ini yang saya dapat, tapi apa yang saya tahu, Mazlin Nordin adalah wartawan TV3 yang bagus dan beliau memang telah terlibat dari musim pertama BersamaMu lagi dan sekarang sudah musim ke 11 dan ia sudah dipanggil Potrte BersamaMu. Mungkin untuk mendapatkan mood sedih, kebanyakkan penyampai akan menggunakan mood sedih, mungkin itu yang diajar oleh produksi.

Berlainan dengan Power Root Sinar Kehidupan yang menampilkan Serena Redzwan sebagai host, dan walaupun suara Serena sedikit husky, tetapi penyampain beliau yang bersahaja telah menarik minat saya untuk mendengarnya, berkongsi kesedihan itu memanglah berkongsi tetapi, sebenarnya adalah baik jikalau kita gembirakan hati mereka yang susah dengan perkara-perkara yang menggembirakan, betul tak? Music yang digunakan team PRSH juga adalah muzik yang ceria dan upbeat. Saya sebenarnya dapati bahawa perkara ini bagus dan amat memberikan pandangan yang berbeza sekali.

Bantuan yang diberikan :

Bersamamu sering memberikan bantuan seperti makanan, pakaian dan ada juga berikan bantuan kediaman. Bagus, saya suka, dan begitu juga dengan PRSH yang memberikan banyak bantuan. Selalunya Team Bersamamu akan bekerjasama dengan Team Faiza untuk memberikan bantuan, saya dapati ini amat bagus, at least, dapat menambah bantuan yang ada kan?

Begitu juga dengan Team PRSH yang ada juga kerja sama dengan team lain, namun, memandangkan Power Root ada line makanannya yang sendiri, so, senang lah bagi mereka, tetapi, kelainan yang diberikan adalah, mereka menjemput artis untuk sama-sama turun padang dan membantu mereka yang dalam kesusahan. hebat? mungkin, hehehe..

Saya juga pernah dengar yang ada keluarga yang dibantu BersamaMu mempunyai kereta dan ia disorokkan di belakang rumah, dan ini adalah cerita yang saya sendiri dengar dari orang kampung di Terengganu, kawasan mana? saya tak nak cakap, biarlah ia menjadi rahsia.

Tetapi kan, usaha sedemikian adalah sebenarnya patut dipuji, kerana mereka menolong orang yang dalam kesusahan dan mereka tidak putus-putus memberikan bantuan. Secara tidak langsung, ia memberikan satu perspektif yang berbeza kepada orang susah.

Memang ada yang beranggapan bahawa, menolong orang susah ni sebenarnya akan lebih mendorong mereka menjadi orang yang malas. Laaaa, kenapa beranggapan begitu? Payah sangat ke?Kalau yang betul-betul susah tu, takde harta, duduk menumpang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, nak mohon JKM pun bukan asal dari tempat itu, itu memang patutlah dibantu kan? Tetapi, cuba buangkan stigma yang negative tu, tolong je lah kalau boleh, kalau tak boleh janganlah dijadikan isu sangat, biar lah mereka kan?

Tapi apa-apa pun, contohnya, kalau ada orang susah di dalam kampung kita, cuba-cuba lah tolong mereka kan? tapi, yang betul-betul susah lah, ini karang, yang ada motorsikal pun hendak di bagi bantuan JKM, apa hal? Dosa korang tanggunglah nanti kat Sana. okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Pernah tengok Clean House? Ni pun program bantu orang susah, lagi pening.

No comments:

Post a Comment