Nuffnang Ads

Sunday, April 14, 2013

Godaan mu, aku tewas?

Assalamualaikum WBT,

Redupnya hari Ahad ni, rasa katil dan selimut serta bantal peluk memanggil-manggil diri ini untuk digauli mereka. ohh! Sungguh godaan yang amat berat. *cool..cool..

Takpe, nanti akan ku penuhi impian mu itu wahai selimut,bantal peluk dan katil. Tengok lah!!!

Eh, tadi saya dah lunch dah, korang tau tak apa itu BELULANG? Tak tau? Bukan tulang belulang, bukan kata ganda, tetapi ia adalah sejenis makanan orang lama-lama. Sedap. Tadi mak saya masak belulang yang digulaikan dengan asamrong. Tau tak asamrong tu apa? Tak tau juga? Eih, kena banyak membaca buku-buku tradisi ni. Asamrong itu adalah buah perah yang telah diasamkan. Prosesnya agak lama tapi boleh dilakukan dan hasilnya sangat sedap.

Baik, berbalik kepada belulang tadi, belulang adalah kulit lembu atau kerbau yang dibakar sehingga kehitaman dan dikembangkan. Sedap! Sangat sedap. Selalunya, belulang dimasak dengan rebung tetapi in this particular case, my mum  masak belulang dengan asamrong bersama terung bulat. Ya Tuhan Ku... SEDAPNYA!!! seyes, kepada sesiapa yang inginkan resepinya, bolehlah komen dan saya akan publishkan resepinya, okay?

Dengan itu, *macam speech pulak. hahaha.. saya sudahi entry saya dengan wabillahitaufik walhidayah, wassamualaikum waramatullahi wabarakatuh. panjangkan? pendeknya? WBT.

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe...

3 comments:

  1. hahaha..mn nk cari belulang?kat kedai sekilo bp ringgit?

    ReplyDelete
  2. hahaha..mn nk cari belulang?kat kedai sekilo bp ringgit?

    ReplyDelete
  3. Izzah Malek : Selalunya belulang ada banyak je, dia macam kenyal-kenyal camtu, selalunya ada je kat kawasan pantai timur ni, nak-nak kalau pahang dan kelantan.. entah lah berapa ringgitnya.. selalunya dia jual letak-letak dalan piring je, tak pernah lah dengar jual kilo..hahaha

    ReplyDelete