Nuffnang Ads

Tuesday, April 9, 2013

Jangan Belakangkan Mak dan Ayah kita!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaflah, saya hanya dapat mengupdate blog sekali sehari, sebab utama adalah, saya terlampau sibuk dengan jadual harian yang sememangnya sungguh sibuk, seriously. Sangat sibuk. 

Hari ni, saya nak tulis sikit fasal hubungan. Iya, hubungan. Sekarang, budak-budak sekarang kan, sememangnya berani belaka dan rata-rata remaja di Malaysia ini mempunyai teman lelaki, teman wanita yang kononnya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. WHAT THE FISH? Okay. sebelum saya marah-marah, mari saya taarifkan umur remaja yer. Mengikut apa yang saya sendiri tahu, umur remaja adalah dari 12 tahun sehingga 19 tahun, Lebih daripada 19 tahun tu adalah young adult. *maaf, saya tak tau apa yang hendak di panggil dalam bahasa Melayu. hahaha...

Okay, kembali kepada kita punya tajuk utama, remaja ramai yang ada teman istimewa, teman istimewa lah senang kan? Kita tak tau, mungkin ada yang bernaluri yang lain sikit, itu pun teman istimewa jugak kan? Tak nafikan. Baik, kepada yang ada teman istimewa ni, baguslah, kalau untuk berteman, tapi kalau cemburu mengalahkan orang dah berkahwin, which kadang-kadang, orang dah kahwin pun tak secemburu korang, there's something wrong with that particular relationship. Nilai balik perhubungan korang tuh. Nak nilai guna apa? Baik, korang guna lah apa-apa pun yang korang rasa baik untu menilai perhubungan tersebut. Jangan kira guna kalkulator sudah, takut nanti orang kata berkira. okay? 

Semakin lama perhubungan, semakin hebat cabaran kan? KATANYA!!! Mana tak hebat cabarannya, perangai setiap seorang penuh syakwasangka. Please lah. Kata hidup berteraskan Islam? Memang lah, jeles tu bagus, tapi kalau jeles tahap gaban, apahal lak kau? Belum kahwin nak jeles tahap gaban giler? Please lah, macamlah takde mak ayah. kan?

Bercakap fasal mak ayah pulak, tolonglah, janganlah belakangkan mak ayah korang, bukan apa, once they know apa yang korang buat belakang mak ayah korang, nescaya, mak ayah korang akan terasa dengan korang dan tau tak balasan Allah SWT fasal menda ni? Baik, korang mesti tau banyak ustaz kan? Pergilah tanya mereka yang lebih mengetahui. Kita amik yang paling senang je, kita cakap 'heemm' kat mak kita pun, Allah tak redha selagi kita tak mintak maaf dengan mak kita kan? So, fikir-fikirkanlah apa yang benda lain tu, lebih dari berdehem kan? pleaselah, nak bercinta boleh, tapi janganlah belakangkan mak ayah kita. Okay?

Dah lah, nak bertahlil ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: Makan sedap malam ni.

4 comments:

  1. wslm akmal! new facelift jgk ni kan?
    ye la zaman skrg bercinta sampi ada yg tak pedulikn mak bapak.

    ReplyDelete
  2. Iya la kak.. saya nak buat gak facelift, tp tk nk guna wall apa... hihu..

    ReplyDelete
  3. sape yg plg patut dipersalahkan dlm hal ni ye mr.akmal?

    A.pengaruh media
    B.kurang didikan agama
    C.kurang pengawasan ibu bapa
    D.pengaruh rakan2 ( nak tiru remaja lain yg jg bercinta )
    E.masyarakat yg x ambil pusing psl isu ni
    F.kurang kesedaran diri (rasa malu)
    G.
    H.
    I.
    arr..boleh tambah pendapat lg kalau ada

    ReplyDelete
  4. wah kak zah, terus bagi pilhan jawapan, saya tka tau lah..hahaha

    ReplyDelete