Nuffnang Ads

MY BELOVED FOLLOWERS

Wednesday, April 24, 2013

Laman Pesona, Ming He Yuan, Cheroh.

Assalamualaikum WBT,

Saya dah lama duduk dalam Raub ni, tapi baru sekarang saya jumpa tempat yang agak nyaman dan mempersonakan ini. Petang tadi saya masuk tempat ni. cantik!! Dalam bahasa Cinanya, ia di panggil Ming He Yuan atau dalam bahasa Melayunya Laman Persona. Memang terpesona saya melihat tempat ni, saya tidak sangka, di tepi lereng bukit, mereka mampu untuk menghasilkan tempat *resort & spa yang begitu indah. 



Lokasinya yang agak strategik telah membuatkan tempat ini menjadi salah satu daripada perniagaan yang berpotensi tinggi. Tambahan pula, perniagaan yang berasakan services ini amat menguntungkan. Bertempat di Cheroh, Raub, Laman Pesona memberikan satu dimensi baru dalam percutian. Laman Pesona menawarkan banyak aktiviti sampingan selain memberikan satu pandangan yang nyaman dari atas bukit. Semestinya, cantik tatkala fajar subuh dan terbenam matahari.

Dengan beberapa tempat tarikan yang berdekatan Laman Pesona ini, seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill, Lata Berembun, Lata Lembik, Jeram Besu dan banyak lagi tempat lain yang menjadi pilihan penduduk setempat dan luar negara dalam menikmati keindahan alam semulajadi yang tercipta indah ini. 

Di Ming He Yuan, terdapat dua restaurant yang amat berpatutan iaitu Song Huang Ge Chinese Restaurant dan D'terrace Wastern Food yang menawarkan variasi makan halal Cina dan Barat. Laman Pesona juga menyediakan juadah yang segar-segar belaka. Bekalan ikan air tawar segar diambil dari Cheroh juga dan sayur-sayuran diambil dari Cameron Highlands. Apa lagi yang kita mahu? 

Ming He Yuan ini mempunyai 14 chalets dengan perkhidmatan restaurant sendiri yang menyediakan makanan Cina dan Barat. Rate untuk Chalet adalah RM150/room/night dan penginap bolehlah menyewa khemah untuk lebih adventure dan jimat ialah RM 50/tent/night.

Sambil menikmati udara nyaman dan segar, kita dalam merehatkan tubuh badan kita dan melepaskan segala tekanan dengan duduk di kawasan yang agak hutan. Cubalah!

Kepada sesiapa yang mahukan lebih maklumat, mungkin ada kemusykilan, bolehlah melayari atau telefon maklumat ini.

Laman Pesona Resort & Spa
Lot 3 & 4, Seksyen 4,
Kampung Baru Cheroh,
27620 Raub,
Pahang Darul Makmur
Email: admin@lamanpesona.com.my
Tel: +609 3697892 / +6019 6697604 / +6012 2802892

Assalamualaikum WBT

p/s: banyak kerja lah!!!

No comments:

Post a Comment