Nuffnang Ads

Monday, April 22, 2013

Panduan Mengundi oleh SPR.

Assalamualaikum WBT,

Pilihanraya umum sudah dekat!! PRU13, mesti ramai yang sudah berdaftar dan masih ramai jugak yang TIDAK berdaftar. Cakap pong pang pong pang, tapi nak ubah kepimpinan lah, apa lah, daftar pun tak, nak ubat camne? please. 

Tapi takpe, saya di sini bukan nak berbicara tentang siapa betul, siapa salah, tetapi, saya nak membawakan maklumat dari SPR, apa itu SPR? Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. 

Pengenalan

Ciri utama bagi negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen ialah mengadakan pilihan raya yang BEBAS. Dalam hal ini, tujuan diadakan pilihan raya ialah agak rakyat dapat menggunakan hak mengundi dan dapat memilih kerajaan yang dapat memenuhi kehendak RAKYAT-majoriti undi. Maksud majoriti undi adalah 2/3 daripada kerusi Parlimen. Oleh itu, parti yang paling banyak mendapat kepercayaan RAKYAT adalah berhak menggunakan mandat itu selama lima tahun sehingga pilihan raya yang baru diadakan.

Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen

Demokrasi dan Perlembagaan adalah dua konsep yang sangat besar ertinya bagi kita RAKYAT Malaysia. Pegangan kita kepada kedua-dua konsep inilah yang menentukan corak kerajaan kita di samping segala kebebasan dan kemakmuran yang dinikmati sehingga hari ini.

Secara amnya, demokrasi bermakna rakyat mempunyai suara mutlak di dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Sejak negara mencapai kemerdekaan, amalan demokrasi berparlimen telah ditentukan melalui sistem pilihan raya yang BEBAS. Pada kebiasaannya, tiap-tiap lima (5) tahun, kita sebagai rakyat Malaysia adalah BERHAK memilih wakil-wakil kita dalam Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Seri Paduk Baginda Yang di-Pertua Agong dan Dewan-dewan Udangan Negeri pula melantik Ahli-ahli Dewan Negara bagi mewakili kepentingan-kepentingan tertentu. 

MENGUNDI ADALAH HAK ANDA

Syarat-syarat mendaftar

1.  Warganegara Malaysia
2.  Berumur 21 tahun ke atas.
3.  Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya (mengikut alamat dalam kad pengenalan)
4.  Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang.

Panduan Mengundi Masa Pilihanraya.

1. Memeriksa nama anda terlebih dahulu dalam daftar pemilih sebelum ke tempat mengundi atau membuat semakan di Lawan Web SPR http://www.spr.gov.my

2. Datang awal ke tempat membuang undi. Bawa salah satu dokumen ini, kad pengenalan atau pasport antarabangsa, Lesen memandu bergambar, Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9), Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar ( JPN 1/11), Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.

3. Mengundi adalah hak anda. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi. Jadi, jikalau ada sesiapa dari mana-mana parti atau orang perseorangan yang menghalang anda daripada membuang undi, laporkan perihal mereka ke pihak polis atau SPR, mereka akan mengambil tindakan keatas perilaku ini. Jikalau ia tidak mendapat perhatian, letakkan di internet, sudah pasti ia akan mendapat perhatian, trust me!

4. Apabila sampai ke pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih di Barung SPR dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.

5. Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siti daftar pemilih dan saluran mengundi anda.

6. Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan anda meneriakkan nombor siri pemilih anda, nama dan nombor Kad Pengenalan anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut. Kerani ketiga juga akan melipat kertas undi dan menyerahkan kepada anda. 

7. Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan tandakan dengan tanda "X" pada petak kosong yang disediakan atas kertas undi anda bersebelahan dengan nama dan simbol calon yang anda pilih.

8. Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi.

9. Keluarlah melalui pintu yang telah disediakan. 

PERKARA YANG TIDAK HARUS DILAKUKAN PENGUNDI

1. Jangan menerima sebarang imbuhan (rasuah).
2. Jangan mauk ke pusat mengundi dengan memakai sebarang lencana atau simbol MANA-MANA PARTI!
3. Jangan berbual-bual atau bertanya dengan/kepada orang lain. Dapatkan bantuan daripada petugas SPR yang bertugas jika anda perlukan bantuan.
4. Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi. 
5. Jangan membazirkan kertas undi anda.
6. Jangan tunjukkan kertas undi anda kepada sesiapa pun.
7. JANGAN BAWA KELUAR KERTAS UNDI.
8. Jangan berlegar-legar  dalam pusat mengundi setelah anda mengundi. 
9. SILA PATUHI ARAHAN SPR!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SPR di http://www.spr.com.my atau hubungi

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA,
ARAS 4 -5 BLOK C7,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62690 PUTRAJAYA

TEL : 03-8885 6500

Assalamualaikum WBT

p/s: Sekian, maklumat disampaikan. Letakkan kepercayaan kepada SPR.

No comments:

Post a Comment