Nuffnang Ads

Sunday, April 28, 2013

Plaza GM, Nilai dan Business!!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sampai sudah saya dirumah yang tercinta yang berada di Kampung Jenud. Letih yang teramat sebab tadi baru je balik dari Nilai, Negeri Sembilan bermisi mencari barangan cenderahati untuk event 30 April 2013 di Dewan Belia Dong.

Dan alhamdulillah juga sebab segala barangan yang dicari tersebut telah berjumpa dan ready untuk dihiasi. Dan barangan perhiasannya juga telah dibeli. Settled!!!

Sekarang, hanya tinggal persiapan dewan, menghias dewan, packing cenderahati (souvenirs). So, sekarang, bekemungkinan saya akan balik lambat jugak lah, seperti pelatih dan tenaga pengajar yang lain. 

Alhamdulillah, selepas dua hari mengikut cikgu Izam ke tempat mencari barang, saya dapat berjumpa dengan tempat yang sungguh murah dan kalau hendak berniaga, boleh sangat!! hahaha.. insyaAllah, kalau saya ada modal nanti, saya nak buka perniagaan, at least ada side income kan. hehe. InsyaAllah...

Sekarang? saya sangat letih dan hendak tidur sudah, tapi saya kena sudahkan kerja yang ditinggalkan. Bilik dah siap kemas sikit dan sekarang tinggal buat report sikit untuk minggu lepas. So, mungkin esok saya akan print dan bagi kepada mereka yang berkenaan untuk dicop dan ditandatangan. 

So, see you tomorrow. Mengantuk sudah!

Assalamualaikum WBT

p/s: Plaza GM, saya akan bertemu anda lagi nanti.

No comments:

Post a Comment