Nuffnang Ads

Friday, April 19, 2013

Taksub Politik Membawa Maut???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sebelum saya merebahkan diri untuk berehat, saya nak buat satu entry yang agak daring ni. Takpe rasanya. Rasanya lah.. tapi biarlah.

Baik, seperti mana yang kita semua maklum, esok adalah hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya ke-13. General Election 13. How's that? Mesti semua sudah tau kan calon di kawasan masing-masing kan? Takpe itu, boleh diselesaikan esok, cumanya, seiringan dengan kehebatan setiap orang dalam Malaysia ni berpolitik, 'bangsa' artis juga semakin rancak mengutarakan pendapat mereka, kadang-kadang ada yang bernas tapi banyak juga pendapat yang hampeh. Tak boleh pakai.

Semalam, saya menerima sepucuk surat daripada YAB Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak dengan message halus, 'Undilah Barisan Nasional'. Tidak saya terkejut sebab memang sudah saya jangkakan, memang perkara ini akan berlaku kepada semua pengundi pun. Biasalah tu. 

Pelbagai risalah berunsur 'hasutan' dihantar kepada semua bakal pengundi, tidak kira mana parti, Barisan Nasional, PAS, DAP, PKR, semua menghantar risalah yang sedemikian SEMATA-MATA untuk meraih undi.

Ada juga artis Malaysia, kononnya, DIVA seantero DUNIA, ingin bertanding di kawasan PANAS di dalam Pahang. Siapakah artis tekanan tersebut? Carilah sendiri, saya hanya memberikan klu klu yang boleh membantu anda, takpun anda search je di Twitter untuk maklumat lanjut, berlambak tweet-tweet kurang sihat artis tersebut, mungkin umur sudah meningkat, pemikiran pun semakin lemah, mungkin. Banyakkan bertaubat.

Kalau bilik gerakan pula, semua bilik gerakan yang dibuat, ditampal bendera, ditulis besar, UNDILAH PARTI X, contoh, dan ada juga yang memainkan vcd penceramah-penceramah pilihan untuk menarik minat anak muda seterusnya meraih undi, sekali lagi, SEMUA PARTI BUAT MACAMNI!

Untuk pengetahuan semua, bilik gerakan dibuat untuk bakal pengundi untuk mencari dan menerima maklumat daripada pihak atasan, tetapi ada juga yang membuat bilik gerakan sebagai bilik hiburan, seperti mana? Anda sendiri tahu bagaimana keadaan tersebut. Please lah.

dah lah, cakap-cakap politik ni tak ke mana sebenarnya. Mengantuklah. Letih.

Assalamualaikum WBT

p/s: Semoga roh mak cik saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin.

4 comments: