Nuffnang Ads

Tuesday, April 16, 2013

Terasa Diri Menjadi Penting lak.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua??? Minggu ini adalah minggu yang sungguh sibuk. Seriously. 

Okay, buat sekian kalinya, saya berasa sangat lemah sebab apa? Saya demam sebenarnya, ni pun rasa susah nak bernafas dan rasa nak selesema dan batuk. Nak muntah pun ada, pening pun ada, Semua ada lah, tapi demi kelas saya tetapkan hati untuk pergi ke GiatMara. Minggu ni kami belajar buat modul baru, Baju Kurung Moden. 

Tadi saya dan buat pola baju dan ukur semua lah dan saya guna badan Eton untuk baju kurung moden tu, Ukuran dia agak payah lah tapi, alhamdulillah, saya tetap boleh buat. Esok, Pengurus GiatMARA dah call saya untuk pergi ke satu event esok di Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, kalau tak silap saya, event tersebut adalah under MARA, so, memandangkan GiatMARA adalah anak MARA, jadinya, GiatMARA Raub kena pergi lah DAN, saya diajak sekali oleh pengurus untuk pergi esok. Hehehe... hebat tak saya? hahaha.. *rasa penting lak, gitu.

So, esok, saya akan pergi ke SMKD untuk menerangkan faedah-faedah yang didapati kalau belajar di GiatMara dan saya mugkin akan menjadi penggalak kepada mereka untuk belajar di GiatMara, ubah persepsi bahawa GiatMARA bukan hanya untuk mereka yang kurang bernasib baik dari segi pencapaian pelajaran. Hehehe... lebih kurang laahh...

Bukan apa, ramai sangat yang mempunyai persepsi negative terhadap GiatMARA. Sekali lagi saya TEGASKAN, GIATMARA bukan hanya untuk mereka yang kurang bernasib baik, malah, ia adalah untuk mereka yang berminat untuk belajar. Pokok pangkal, ia semua berkenaan dengan MINAT.

Lagipun, kemahiran adalah amat diperlukan pada zaman sekarang ni. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, so, kemahiran adalah satu keperluan.

Dah lah, saya nak buat kerja lak..

Assalamualaikum WBT

p/s: Lapar.

2 comments: