Nuffnang Ads

Saturday, May 4, 2013

Adik sokong SULTAN!!!

Assalamualaikum WBT,

Ada banyak dan pelbagai pendapat kalau time mengundi ni. Itu ini, itu ini. Mari saya bawak satu persatu lah eyh.

Pandangan BN

"Kita janji kita kota, kita berkerja bersama-sama. Kita tidak mengagungkan kroni-kroni. Kita buat kerja atas dasar kepada rakyat dan kerana ia daripada rakyat. Bagilah mandat kepada Dato' Seri Najib kerana, percayalah, dibawah pimpinan Dato' Seri Najib, ia akan aman, harmoni dan tenteram"

Pandangan PAS

"Kita akan sentiasa memberikan yang terbaik. Bagilah kami peluang untuk kami buktikan yang kami juga boleh memimpin tampok kepimpinan negara. Sesungguhnya, kami akan sentiasa ingin yang terbaik buat rakyat semua. PAS for ALL"

Pandangan PKR

"Kami akan mansuhkan PTPTN, dan kami akan memberikan segala jenis bantuan kepada mereka yang layak. Kami akan memberikan pendidikan percuma, kami akan berikan ketelusan dalam setiap apa jua yang kami akan lakukan. Percayalah akan manifesto kami!!"


Itu segalanya tentang apa yang selalu saya dengar tentang mereka. Kebaikan mereka selalu dicanangkan, keburukan? Mungkin diselindungkan. Mungkin.

Tapi tertarik saya tentang beberapa insiden pada hari ini.

Insiden pertama.

"Cabutan bertuah, IPAD, Motosikal, semua tu yang membuatkan orang ramai nak pergi event, kalau tidak takde nya orang nak pergi.

Insiden kedua.

"Ramai betul penyokong PAS kat tepi jalan tadi, katanya siap nak memberhentikan kereta. Katanya siap nak duduk tengah jalan."

Insiden ketiga.

"Adik sokong SULTAN. Mak dengan ayah je tak sokong Sultan, adik sokong Sultan. Adik nak undi Sultan."

Otak ada, pandai menilai. Saya memang ada pilihan saya sendiri, so, for those who yang ada pilihan sendiri, bagus, teruskan. Sama-samalah kita memangkah calon pilihan kita. Tidaklah saya mengatakan calon yang menjadi pilihan saya semuanya benar, tidak, tetapi, tidaklah juga saya ingin anda melihat calon pilihan anda seratus-peratus benar. Jadinya, berdoalah kepada Allah SWT, supaya segalanya berjalan dengan lancar esok. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: saya sokong adik tu!!! hahaha


 

No comments:

Post a Comment