Nuffnang Ads

Wednesday, May 15, 2013

Assalamualaikum WBT,

Esok hari cikgu or hari Guru. Korang dah ada hadiah yang hendak diberikan kepada guru-guru or cikgu-cikgu korang? Memang, tujuan hari-hari seperti ini diadakan adalah untuk mengingati para guru atau orang yang diraikan, tetapi, janganlah ingat time hari sambut tu je, ingatlah sampai bila-bila okay?

Okay, bersempena dengan hari guru yang akan disambut esok, saya nak postkan satu cerpen. Hehehe.. macam jadi trend lak kan... hahahha.. apa-apa pun, hayati banner ni.


Harap maaf, kutuk-mengutuk adalah diharamkan. hahaha.. okay, fine, saya tau, banner ni tak cantik pun kan? huhu.. tau2.. tapi apa yang cuba disampikan adalah lebih cantik kan? hehehe..

Kepada cikgu-cikgu saya di Pra Sekolah dan Sekolah Kebangsaan Kuala Atok (1993-1999), cikgu-cikgu di Sekolah Menengah Agama Al-Ulum Ad-Diniah Dong tahun (2000-2005), Sekolah Menengah Kebangsaan Dong (2006-2007), Universiti Sultan Zainal Aibidin (also known as UDM) Fakulti Bahasa dan Komunikasi (2008-2012), GIATMARA Raub (Januari 2013-June 2013), terima kasih saya ucapkan kepada semua dan tidak lupa juga, kepada mereka yang banyak mengajar saya, kawan-kawan saya semasa di sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, praktikal di MATIC , dan yang paling penting, Ibu bapa saya adalah guru-guru yang paling saya sayangi. Terima kasih!!

Assalamualaikum WBT

p/s:  saya sayang guru-guru saya.

No comments:

Post a Comment