Nuffnang Ads

Saturday, May 25, 2013

Berhati-hati kalau menulis.

Assalamualaikum WBT,

Adakah mimpi ku menjadi kenyataan? 

Jawapannya, IYA, kenapa? Sekarang, Kementerian Dalam Negeri bersama SKMM akan meluangkan masa mereka untuk memeriksa social media yang menulis fasal auta yang jelas tidak benar dan yang mungkin mampu untuk mengganggu gugat keharmonian negara. 

KDN yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil tindakan pantas mengenai maklumat yang diterbitkan oleh individu ataupun kumpulan menerusi laman media sosial yang banyak ada di internet sekarang seperti Facebook, blog, Twitter dan banyak lagi. Namun, jikalau maklumat tersebut telus dan betul, maka, KDN dan SKMM tidak boleh mengambil tindakan sewenang-wenangnya. 

Maklumat dan tulisan yang berbentuk Hasutan juga akan diambil tindakan. Tindakan apa? Entahlah, saya pun tak tau, mungkin akan menjadi seperti Adam Adli tu. Kot. Entah.
 
ups!
Ups lagi sekali!


So, kepada semua blogger-blogger yang ku sayangi, marilah kita berhati-hati dan tulis lah dengan perkara yang betul sahaja, dan kalau ada berita betul tu, terus tag kat situ linknya, senang, ada alibi, kan? hehehe..


Assalamualaikum WBT

p/s: cakap sal Hasutan ni, ingat tak headline Utusan aritu yang menyalah kaum Cina? Itu bukan berbaur Hasutan ke? Dan akhbar Sin Chew keluarkan kartun ni, tak berbaur Hasutan ke? aduh...subjektif benar benda hasutan-hasutan ni..

2 comments:

  1. Selalunya yang popular sahaja diambil tindakan. Kalau biasa-biasa begini, dipejam sebelah mata.

    ReplyDelete
  2. iWOng: haha. entah lah.. kalau yang biasa-biasa tu jadi perhatian.. tak mustahil jugak...

    ReplyDelete