Nuffnang Ads

Saturday, May 25, 2013

Citrawarna 2013 dan Hari Belia Malaysia 2013???

Assalalamualaikum WBT,

Baik, seperti mana yang kita tahu, Sambutan Citrawarna 2013 dan Hari *Minggu Belia Malaysia sedang berlangsung di DUA TEMPAT yang berbeza. Satu je yang saya pandang dan saya tanya, 

"Kenapa tak disambut di satu tempat sahaja?" 

Kenapa ye? Kenapa tidak Kementerian Pelancongan yang dipimpin sekarang dibawah YB Dato' Nazri Aziz dan juga, Kementerian Belia dan Sukan yang sekarang dipimpin oleh YB Dato' Khairy Jamaluddin, duduk berbincang dan bawa sambutan ini ke satu tempat sahaja, seperti di Putrajaya! Kan senang. 

Mungkin saya bercakap dari pandangan orang awam yang tidak mempunyai apa-apa qualification, tetapi, alangkah eloknya kalau dibawa ke Putrajaya je terus. Okay fine, kalau dikatakan ada yang bertanya, 'Payahlah, transportation susah lah, sebab Putrajaya tu jauh sikit". Oh ye? Bus kan ada, kenapa? tak nak naik bus eyh?

Takpelah, mungkin telah menjadi adat selamat beberapa puluh tahun sambutan Citrawarna di Datarang Merdeka, bukan apa, saya pernah pergi Citrawarna di 2011 dulu, mak aigh!!! sesak nak mampus! Manusia ramai, payah nak jalan, Tuhan sahaja yang tahu kesusahan nak jalan tuuu...

Tapi apa-apa pun, mungkin bajet telah dikeluarkan kan? Mungkin. Siapa tahu.

Assalamualaikum WBT

p/s: hanyalah pandangan seorang yang jahil.

2 comments:

  1. Mungkin disebabkan kedua-dua event ini merupakan event besar..peserta tuk perarakan Citrawarna pun dah berapa ribu orang..kalau buat satu tempat dengan Hari Belia tu kan susah..makin crowded..lagipun transport satu hal.ini pandangan sy.

    ReplyDelete
  2. Anon : Mungkin juga, tapi next year, boleh lah cari jalan untuk satukan majlis seumpama ini. Jimat sikit.

    ReplyDelete