Nuffnang Ads

Saturday, May 25, 2013

Eton boys taught to think like Prime Minister!!

Assalamualaikum WBT,

Memang banyak perkara boleh dilakukan kalau menginginkan sesuatu berjalan di atas landasan yang bagus.

Seperti yang dilakukan di England, para pelajar mereka didedahkan dengan apa yang dipanggil di Malaysia *mungkin, Cara Pendidikan Extreme. Mungkin, mungkin extreme bagi kita di Malaysia, tapi tidak bagi mereka di England.

You may click this picture.

you may click this picture.
Sebagai contoh, Sekolah Budak Lelaki Eton or also known as  Eton Schoolboys melatih pelajar mereka berfikir secara kreatif. Kebanyakan pelajar mereka berjaya mencipta nama dalam Kerajaan Britain sebagai contoh, Perdana Menteri England, David Cameron dan Datuk Bandar London, Boris Johnson. Kedua-dua mereka dikenali sebagai Oldboys dan mereka pernah belajar di Eton. Apakah rahsia mereka di Eton?

Mereka dididik dengan penuh disiplin dan cara mereka berfikir telah dibentuk sejak dari mula lagi.Seperti, satu soalan di dalam King's Scholarship Examination yang diduduki oleh pelajar yang berumur 12 tahun pada tahun 2011 bertanyakan soalan bagaimana jikalau mereka mentadbir negara dan menjadi seorang Perdana Menteri.

Banyak jawapan yang mereka berikan seperti,
'The year is 2040. There have been riots in the streets of London after Britain has run out of petrol because of an oil crisis in the Middle East.'
Untuk pelajar yang berusia 12 tahun, jawapan ini adalah melangkau minda saya ketika saya berumur 12 tahun. Hehehe... *saya masih bermain konda-kondi ketika itu.
 
Ada juga soalan yang meminta pelajar untuk membayangkan jikalau ada penunjuk perasaan telah menyerang bangunan awam dan ada pegawai pois yang telah mati. Dan jawapan mereka?
 
'Consequently, the Government has deployed the Army to curb the protests... 25 protesters have been killed by the Army,'.
Amacam? kalau saya lah, saya tak tahu lah. hahaha.. mungkin jawapan saya mungkin sungguh lain dari apa yang ditunjukkan oleh the Eton boys. Mereka juga diminta untuk membuat teks ucapan bagi seorang Perdana Menteri dan mereka juga bertindak sebagai Perdana Menteri. Amazing!!

Kita? Banyak lagi perkara perlu dibuat untuk mencapai tahap ini. Tapi bolehlah mula dari sekarang. Terapkan nilai-nilai murni dan cara berfikir yang waras dan kritikal untuk pelajar sekolah rendah sekarang.

Assalamualaikum WBT

p/s: hebat!!

No comments:

Post a Comment