Nuffnang Ads

Monday, May 27, 2013

GIATMARA sentiasa di hati.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Minggu baru, hati baru, semangat baru dan fikiran baru!!!

Jangan diisi fikiran dan semangat baru dengan perkara-perkara yang negative!!! Build yourself and take your efforts as the best things that you might give, yeah!!!

Apa-apa pun, saya masih keletihan sebab hari ini adalah hari Isnin dan di GiatMARA Raub, saya mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan. Alhamdulillah, sebenarnya, kebanyakkan kerja tersebut adalah kerja mudah. Memandangkan sekarang sudah ada komputer, kerja senang je. Kalau dulu memanglah, guna typewriter, payah woo.. dulu ayah saya buat surat guna typewriter, memang payah sungguh lah. Tapi alhamdulillah, sekarang, laptop dah ada, PC pun berlambak, makanya tiada alasan untuk tidak membuat kerja. Kalau yang tidak membuat kerja itu adalah orang yang mungkin ada masalah memahami cara kerja. Mungkin lah, sebab satu kita kena tahu, keupayaan setiap orang adalah berbeza, jadi, janganlah dijadikan satu isu okay?


Baiklah, tidak lama lagi saya akan graduate dari GIATMARA Raub dengan memegang sijil asas pembuatan pakaian. Alhamdulillah, insyaAllah, segalanya akan berjalan dengan lancar. Habis bulan 5 ni nanti, kami tinggal lebih kurang 18 hari sahaja lagi untuk berada di GIATMARA Raub. Walaupun hanya 6 bulan, namun, semakin hampir kami ke tarikh itu, semakin lambat pulak rasanya. Hahahaha,... kepada sesiapa yang mungkin ada masa lebih, bolehlah masuk ke GIATMARA Raub dan di GIATMARA Raub ada 3 kursus, tetapi untuk pengambilan bulan 7 ini, hanya terdapat dua kursus, iaitu, Kursus Fashion and Dressmaking dan Kursus Confectionery and Bakery. Dua-dua kursus ini hanya 6 bulan tetapi, ada lagi satu kursus iaitu, Pendawai Elektrik, yang mana kursus ini mengambil masa selama 2 tahun (1 tahun di GIATMARA Raub, 1 tahun lagi praktikal).

Jadi, jangan malu-malu kerana GIATMARA bukan untuk mereka yang bernasib kurang baik, tetapi GIATMARA adalah bagi mereka yang ingin mencari kemahiran. Tukar persepsi anda, rendahkan hati dan tukar persepsi. GIATMARA bukanlah untuk mereka yang kurang dari segi akademik, tetapi, sesiapa sahaja boleh belajar di GIATMARA selagi mana minat ada. Kalau takde minat, kirim salam. Sila masuk kolej or institusi yang membolehkan anda membayar mahal. GIATMARA memfokuskan kepada kemahiran. Okay?

Rasanya dah banyak bercerita dalam takde-takde idea pun kan? hahaha..

Okay, I have lots of things need to be done and I need to submit a few things tomorrow to my Pengerusi. So, wish me luck!!

Assalamualaikum WBT

p/s: GIATMARA sentiasa di hati.

2 comments:

  1. Saya setuju dengan pandangan saudara. Saya mempunyai rakan yang mengambil sijil pendawai elektrik walhal dia sudah bergraduat diploma komunikasi dari UiTM.

    Dan saya tabik sama saudara kerana sanggup menempuh cabaran menambah kemahiran untuk terus maju. Tahniah!

    ReplyDelete
  2. Iwong : Terima kasih sebab komen, bukan apa sekarang ni kemahiran yang diiktiraf sangat diperlukan. so saya pun amik fashion and dressmaking untuk kemahiran tambahan. hehehe

    ReplyDelete