Nuffnang Ads

Monday, May 6, 2013

Kerana sebatang ais krim...

Assalamualaikum WBT,

Semakin saya dewasa, semakin saya faham benda-benda yang remeh masa saya kecil dulu. Ia bukan remeh sebenarnya. Ada message disebalik apa yang berlaku. Antaranya adalah,

Tadi saya pergi ke kedai, beli bawang putih, tapi saya beli ais krim satu. Anak sedara saya yang mengikut saya ada dua orang, anak sedara saya yang sorang tu cakap, "Adik nak jugak". Saya jawab, "kita kongsi je lah". Dia mengangguk. 

Saya bayar benda yang dibeli. Dalam kereta, kami makan, kami berkongsi bertiga. Macam dulu-dulu, saya ada kembar, selalunya ayah saya beli ais krim ke, kuih ke, beli satu juga, tapi kami kongsi. Dulu kami merungut, kenapa tidak dibeli dua, kan senang. Tapi, bila dah besar ni, berkongsi adalah satu benda yang bagus. Ais krim yang saya makan dengan anak sedara saya itu lebih bernilai harganya dari sekotak ais krim. 

Bukan takde duit, ada, tapi nilai berkongsi tersebut lebih bernilai dari duit itu. Seriously. 

Bayangkan kalau kita semua berkongsi negara dan semua rasa senang? Kan seronok.

Assalamualaikum WBT

p/s: malam ni saya makan ayam pencen sup tumis pedas. Sedap!!

2 comments:

  1. memang bagus kalau semua berfikiran macam tu..realitinya tak semua suka kongsi..

    ReplyDelete
  2. Naz: betul tu.. saya pun ada benda yang saya boleh kongsi, dan ada juga benda yang tak suka kongsi.hahahah

    ReplyDelete