Nuffnang Ads

Saturday, May 18, 2013

Kita adalah Atelier!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Kesabaran mengatasi segalanya? Entah lah.. hahahha.. saya tak tau sangat. Apa-apa pun, malam ni adalah malam Ahad kan, dimana kalau di bandar-bandar besar seluruh Malaysia ataupun di luar negara, malam Ahad adalah malam untuk berparti. Parti, parti juga, tapi nilai-nilai sivil jangan dilupa okay? Hendak-hendak kita orang Islam, nilai-nilai Islam jangan dilupa, nak berparti pun jaga-jaga lah batas eyh? Jangan lupa ituuuu...

Baiklah, saya nak bawakkan anda satu cerita ni, semua orang tahukan, kalau dalam rumah-rumah fashion, kadang-kadang bukan pemilik rumah fashion itu sendiri yang membuat cutting. Diaorang ada atelier yang buat perkara seperti cutting, jahit, alteration and so many other things. Aritu saya tengok cerita Before The Day, Fashion Documentary and The Frisky.com  Boleh click link given tu cuma I have opened the link and it gave me nothing, not so much on the information on the programme. Jadinya, berbalik kepada cerita saya tadi tu, ada pekerja-pekerja yang membuat kerja tersebut dan ketua hanyalah memainkan peranan sebagai ketua. Usaha anak buah amatlah penting dalam memastikan kejayaan ketua itu sendiri. Jikalau hati anak buah tidak dijaga dengan baik, masakan hasil berkualiti bertaraf antarabangsa dapat dihasilkan. Betul tak?

Begitu juga pemimpin, segala kejayaan yang nampak sekarang juga adalah hasil kerja rakyat. Betul tak? Malas lah nak komen panjang-panjang, hari pun nak hujan ni, gayanya macam nak hujan kaw-kaw lebatnya. hahaha.. so.. pikir-pikirkanlah ya analogy yang saya berikan tu, bukan payah sangat pun nak aplikasikan kepada benda lain dalam hidup kita ni. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: nak sudahkan kerja, esok nak kemas rumah.
p/s: Terfikir, dimanakah Pejabat Ahli Parlimen Raub? Datuk Ariff Sabri?

No comments:

Post a Comment