Nuffnang Ads

Friday, May 3, 2013

Kot ya pun nak berkempen, fikirkanlah juga akan KESELAMATAN.

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuanya? Mesti semua sihat kan? Wahahaha... kemain lagi tadi kat Dong.. kat situ memang ramai penyokong PAS a.k.a. PR. Takut juga tadi sebab apa? Sebab penyokong duduk di tepi jalan dan memang mereka menunggu ratusan ribuan rakyat Kelantan yang memang menggunakan jalan tempat kitaorang ni untuk ke Kelantan. Kebetulan, jalannya lebih dekat dan okay lah. Cuma mungkin jalan di Bukit 7 tu sahaja yang gelap. *sumpah tak tau.. tak penah pergi situ pun... takde pepe pun kat situ yang hendak saya cari...

Baik, kembali ke cerita penyokong PAS itu tadi, memang suka saya tengok keadaan itu, cuma, ketakutan ada, sebab dorang duduk tepi jalan tanpa menghiraukan keselamatan sendiri. Kot ya pun nak mati berjihad, carilah sebab kematian yang lain, jangan sampai menyusahkan orang lain. Lagi satu, ini ditujukan khas kepada semua parti ye,.. 

Jikalau anda rasa bendera anda itu cantik serta mahal, gantunglah dan letaklah ditempat yang sepatutnya. Bukan apa, kadang-kadang ia menGANGGU lalulintas dan kadang-kadang ia menutup jalan. Contoh, kita nak keluar simpang, tetibe, ada bendera kat sebelah kanan kita, nak pandang kanan, bendera, nak pandang kiri, bendera. MANA SATU NAK PANDANG? Please... take note people.

Baik, hari mengundi dah tak lama nak sampai, hari Ahad kan? Hari ni dah Jumaat, esok Sabtu, lusa AHAD. Hari membuang undi. Tertanya, kenapa dipanggil MEMBUANG undi? Jikalau UNDI itu berharga, seperti yang kita sendiri tahu, kenapa ia dipanggil MEMBUANG? Tukar boleh? hahaha...

Assalamualaikum WBT

p/s: Lain kali lah or Ini kali lah?? Pilihan anda, saya sudah ada pilihan!!!

2 comments:

  1. btul2..jom usul kat DBP ke SPR ke..tau xpa, bahaya nk kluar simpang..pasang la bendera tinggi2..ni tdak, smpai ke tanah pun ada

    ReplyDelete
  2. Naz : DBP??? apa tu? Dewan Bahasa dan Pustaka? kalau SPR tu aku taulah.. hahaha... tau takpe.. bahaya kan?

    ReplyDelete