Nuffnang Ads

Thursday, May 30, 2013

My heart would always be with you Balaga, Sarawak.

Assalamualaikum wbt,

Tadi saya da terbaca satu artikel dalam FB yang mengatakan dan bertanyakan, 

"Kenapa tidak dibina jalan di Sabah dan Sarawak dengan baik?"

Saya tertanya juga, dan tertanya dan tertanya. Bukan hendak membangkita hal politik tetapi ini adalah tanggungjawab kerajaan Pusat serta kerajaan Negeri dalam membangunkan prasarana dan infrastruktur yang baik dan boleh mendatangkan faedah.

Kalau ditanyakan, "Kenapa tidak dibina jalan or jambatan di Sarawak, di tempat yang bot karam tersebut?", Mungkin banyak jawapan yang boleh diberikan oleh mereka, mungkin, tapi satu comparison yang memang bagus, kenapa Pulau Pinang ada dua jambatan, sedangkan di tempat yang berlakunya bencana tersebut, tidak didirikan jambatan? Maaf, mungkin saya tidak pernah lepas ke Sarawak, tapi, please lah, janganlah macamni, kalau hendak betul-betul mentadbir kerajaan, janganlah hanya utamakan mereka yang di Semenanjung. Buat kerja secara adil. Okay? 

Sekarang isu bot katam di Balaga, Sarawak telah mendapat perhatian ramai pihak. Jangan cakap isu ini tidak boleh dipolitikkan, jangan! sebab apa? Sebab, rakyat mengundi. Saya cakap ini tadi dalam keluarga saya,

"Kesian orang Sabah Sarawak, dorang dah lah jauh, apalah salahnya jikalau dibuat jalan or jambatan kat sana, susah sangat ke? Sayang sangat ke nak keluar duit untuk rakyat? Sedangkan duit yang didapatkan itu adalah juga duit rakyat."

Dan mak saya cakap,

"Entah lah dorang ni, sedangkan Sabah Sarawaklah yang membantu BN menang aritu".

Tak dipolitikkan? Hello, maaf, rakyat sekarang bukan lah tertutup mindanya. Kami membaca, kami mendengar. Bukan hendak menyokong pembangkang, tidak, saya mengundi Kerajaan sekarang, cuma, setelah diberkan MANDAT, LAKSANAKAN segala manifesto anda, dan sekaranglah MASA untuk ada BUKTIKAN! Jangan tunggu lagi. Kami mahukan bukti untuk 5 tahun lagi. Adakah relevan untuk kami undi anda lagi? Itu adalah pertanyaan yang perlu dijawab dan dibuktikan. Buktikan!!

Kepada masyarakat di Balaga, Sarawak, tabahkan hati, segala perhatian telah diberikan kepada kamu sekalian. Kami sentiasa bersama anda. My heart would always be with you.

Assalamualaikum WBT

p/s: Sila berikan perhatian kepada mereka. Please.

2 comments:

  1. Ak rs Sarwk tu kena bina kapal terbang kot. Sana jalan juah ooor. Lgpun tnh kt Sarwk tu tnh gmbt. So ssh la nak bina jln mcm tu punya kuat.

    ReplyDelete
  2. Anon : bina kapal terbang? Tak publish anon punya komen kang. payah lak, kalau publish ini lah jadinya. Hahha... takkan 55 tahun tak dapat buat jalan untuk dorang, lama tu 55 tahun.. kesian dorang tau!..

    ReplyDelete