Nuffnang Ads

Sunday, May 5, 2013

PR atau BN???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, makan malam sudah siap. Persiapan dilakukan sebab nak menonton acara yang paling hebat dalam Sejarah Malaysia. Persaingan sengit parti Barisan Nasional dan parti Pakatan Rakyat (PKR, PAS dan DAP). Sebab apa saya kata hebat? Salah satu sebabnya, saya baru pertama kali mengundi. Haha. hebat lah tu.. ade je orang lain yang umur dah cukup, okay, fine, memang akil baligh, tapi tak daftar mengundi. Mentaliti orang sebegini lebih buruk daripada .... *malas nak tulis.

Lagi sebab saya kata Pilihan raya kali adalah yang tersengit sebab, ramai pengundi baru dan suara-suara muda yang mengundi. Mungkin kemenangan akan berpihak kepada PR? Saya tidak tahu, saya tidak dapat nak memberikan pendapat saya. Saya bukan pakar politik, hanya pemerhati politik muda *muda ker?? 20-an ok... Hahaha...

Suara muda tidak boleh dinafikan, sebab, kalau ketelusan pengundi diamalkan, maka, perubahan memang dapat kita lihat malam ini. Fuuhh.. *tengok, kata-kata penganalisis politik muda serta macho  *ups!! hahaha.. dalam membicarakan perihal politik ni, pada pendapat saya, keceriaan perlu dimasukkan sebab, kalau semua serious, payah wooo... kalau semua pulak, main-main, payah juga wooo... jadi, suntikan elemen keceriaan adalah perlu untuk membangkitkan rasa minat semua. Ini tidak, elemen fitnah satu sama lain diterapkan dengan edaran buku-buku serta risalah-risalah yang berbaur fitnah, edaran vcd lucah, *aik! kata haram, kalau elemen politik disuntikkan dalam setiap sesuatu, ia tidak haram eyh? *maafkan saya, saya naif. *rolling eyes. Hasad dengki diterapkan, hey!!! apa ni? apa?? saya bercakap demi negara, kemajuan dan kesejahteraan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan tergadai.

Kepada sesiapa yang menang, samaada, kerajaan kekal ataupun berubah, TADBIRLAH negara dengan baik, janganlah digadaikan maruah negara yang telah kita semua bina selama ini. Ingatlah jasa mereka yang terdahulu, ingatlah jasa mereka yang memperjuangkan kemerdekaan negara dahulu. Kesejahteraan negara bukan senang untuk dikecapi dan untuk dipertahankan adalah satu lagi tugas yang berat. 

Seringkali saya cakap ini, jikalau Parti Barisan Nasional memerintah lagi, maka, tunaikanlah janji DAN!!! amik segala tomahan dan kata-kata pihak pembangkang yang ada dan BAIKI lah diri sendiri. Betul, memang susah untuk kita memuaskan hati semua orang, tapi, tidak salah untuk setiap daripada kita, memperbaiki diri kita sendiri. Kepada isteri-isteri pemimpin, berdoalah semoga dilembutkan hati anda untuk lebih ikhlas berkhidmat kepada rakyat. Jangan diikutkan sangat hati tu, kelak tergadai tugas suami. Huhuhu... Apa sahaja perilaku anda, ia juga akan membabitkan suami anda, ingat, rakyat sekarang makin pandai berfikir kerana, yang tua akan lebih tua, namun, yang muda akan lebih matang. Matang itu tidak semestinya mempercayai anda bulat-bulat, tetapi, lebih bijak menilai, mana satu emas dan mana satu berlian. Cincin? ups!

dah lah, mesti sekarang semua nak duduk tengok keputusan kan? sooo.. selamat menonton!!

Assalamualaikum WBT

p/s: tengoklah Astro.

No comments:

Post a Comment