Nuffnang Ads

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Buruh Semua!!~~

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua di hari 1 May 2013, di mana hari ini adalah hari setiap orang menyambut Hari Buruh ataupun Hari Pekerja. Di mana ia bermula? Tapi selepas membaca ini, CLICK HERE  dapat dimaklumkan bahawa, tidak semua negara dalam dunia ni sambut hari Buruh pada 1 May setiap tahun, ada ke negara lain yang sambut hari Buruh pada bulan lain. 

Tapi tujuan sebenar Labour Day diadakan adalah untuk menghargai niat, titik peluh dan semangat bekerja setiap pekerja yang ada dalam dunia ni khususnya Malaysia. Penjawat awam sering diberatkan dalam hal-hal berkaitan dengan hari Buruh ni. Presiden CUEPACS Malaysia tu pun lebih vokal dalam meminta kelebihan dari Kerajaan, namun, masih ada yang tidak puashati dalam kalangan penjawat awam. Adakah itu perlu dipersoalkan? Atau tidak? Entah, saya tiada hak dalam mempersoalkan hal demikian, bring it up boleh tetapi untuk membincangkan atau mempersoalkannya, maaf. Mungkin anda yang bekerja lebih arif fasal hal sedemikian.

captain America pun ada rehatnya.hahaha
Letih kan? Mesti lah..rehat lah...
Rehat2 boleh berkebun..
mari berkebun..
Sambil cuti ni.. buat prank jawab tepon..
Alhamdulillah, tadi saya dapat email dari seorang aktivitis alam sekitar dan dia ingin tahu fasal Air Terjun Celai makesure semua click link ni eyh? hehehe.. okay.. Encik yang mengemail tersebut dan ingin tahu fasal air Terjun Celai ini, insyaAllah, jikalau dibenarkan, saya akan balas email encik, tapi jikalau tidak dibenarkan, saya minta maaf, saya tidak dapat nak bantu encik, sebab tempat ini amat masih hijau dan amat naturally terpelihara dan saya takut nanti bila saya email jarak dan segala info fasal tempat ini, tempat ini akan tercemar. Sekarang hendak mencari tempat yang sebegini cantik amat susah sekali.

Apa-apa pun, selamat hari Pekerja saya ucapkan kepada semua!! Cikgu cuti.. anak murid pun cuti lah kan? hahaa..

Assalamualaikum WBT

p/s: Letih tak habis lagi!

No comments:

Post a Comment