Nuffnang Ads

Friday, May 24, 2013

Selamat Hari Wesak!!!

Assalamualaikum WBT,

Sekarang kan, kursus keusahawanan diuar-uarkan tanpa rasa jemu dan malu. *malu perlu ke dalam ayat saya tu? entah.. tapi apa yang penting adalah, satu je. Memang kalau kita berkehendakan ilmu, kita memang kena beli kan, serupalah juga dengan kursus ni, saya hendak menyertai kursus, namun, kekangan masa memberikan saya masa untuk berfikir dan terus berfikir.

Satu lagi perkara yang membuatkan saya terfikir, "adakah kursus yang akan saya sertai memberikan saya minat untuk mendalami arena perniagaan? adakah ia memberikan saya satu input yang berguna? dan adakah ia berpadanan dengan apa yang saya bayar?" Jangan tipu, pertanyaan ini juga bermain di fikiran anda kan? Biasala lah, kita kan manusia.

tapi takpe lah, mungkin masa itu akan datang menjengah saya, lagipun, itu adalah salah satu daripada perkara yang dirancang oleh Allah kan? Mencari sesuatu memang boleh, tetapi ia sudah dirancang Allah. Tapi kalau tak cari, pun payah jugak kan? hahaha..


Apa-apa pun, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan ini. Terima kasih sebab anda kami juga bercuti. Thank you.

Assalamualaikum WBT

p/s: maksud Assalamualaikum itu adalah, salam sejahtera ke atas kamu semua dan ia adalah satu doa. Amalkan selalu!

2 comments:

  1. Saya teringat teori perubahan yang pernah saya belajar semasa ijazah dahulu. Manusia yang mempunyai wang selalunya sanggup menanggung risiko seperti menghadiri kursus-kursus yang dapat meningkat dirinya.

    Macam saya, insya-Allah saya akan membolot segala macam kursus penulisan yang ada, jika berkesempatan. Yeah!

    ReplyDelete
  2. 依之汉 : terima kasih sebab komen. Kan, saya pun kalau ada kursus yang berdekatan dengan tempat saya, saya akan sertai, seperti yang encik cakap lah,tapi kursus penulisan lah, kalau kursus lain tu, agak teragak-agak utk sertai.

    ReplyDelete