Nuffnang Ads

Saturday, May 25, 2013

TM Mencari Ramli Musim ke-2.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Maaf, saya sepatutnya buat entry fasal benda ni awal-awal dahulu, namun, dek kesibukan diri, terasa nak KIV dulu, tapi sekarang dah ada kitnya, makanya, saya nak tulis lah. 

Baik, siapa tahu Ramli? Kenal tak budak nama Ramli? Kalau tak kenal, baik, biar saya ceritakan sedikit fasal dia. Ramli ada seorang budak yang baik dan dia pandai main bola. Hehhe,, takde lah, Mencari Ramli adalah satu pertandingan pencarian bakat sukan bola sepak dimana ia bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu dan standard sukan bola sepak di Malaysia. Dengan adanya peminat bola sepak Malaysia yang semakin meningkat, Ramli mampu untuk membuatkan bakat baru lebih bersemangat untuk menyerlah!!







Musim pertama Mencari Ramli pada tahun 2012 seramai 20 orang bakat sukan bola sepak baru telah dilatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk memperlihatkan bakat mereka dan DUA orang pemenang ( Ramli 1 dan Ramli 2, hehehe) telah diserap masuk ke dalam Harimau Muda Bawah 21 tahun dan seorang lagi telah menjadi penyerang di kelab bolasepak U.S. Arezzo di Italy.

Mencari Ramli Musim Ke-2 adalah penyambung surival musim pertama, bagi musim kedua ini, pencarian Ramli telah diluaskan ke seluruh Malaysia. Sebanyak 12 lokasi pencarian telah ditetapkan. 30 orang bakat baru yang menyerlah akan pilih dan seramai 2 orang RAMLI, seorang akan dipilih oleh juri-juri dan seorang lagi akan dipilih melalui undian ramai. Ganjaran kepada mereka yang menang adalah satu percutian ke Manchester United Soccer School dan juga melawat Old Trafford serta biasiswa selama tiga tahun untuk menuntut ilmu di Frenz United Football Academy. Pencarian Satu Malaysia adalah dari February hingga May 2013.

Konsep : Satu siri docu-reality yang bertujuan mencari Pemain Bola Sepak Malaysia yang terulung bawah 16 tahun, pemenang akan dihantar ke Manchester United Soccer School (BESTWOOO!!!), dia akan dilatih dan dipersiapkan untuk menjadi "Ramli", Pemain Bola Sepak Malaysia Terulung.

Objektif : 
  • menyediakan platform untuk bakat-bakat muda bolasepak untuk mengejar impian bola sepak mereka.
  • membantu menaikkan mutu bola sepak Malaysia.
  • membantu ibu bapa untuk menyedari potensi yang anak mereka ada dan menyediakan sistem sokongan yang kuat.
  • untuk menggalakkan  semangat Team Malaysia menerusi program realiti ini.
Siapakah Ramli???

Ramli adalah seorang budak Malaysia yang berumur bawah 16 tahun yang mempunyai skill dan bakat dalam bermain bola sepak. Seorang tunggak dan pemimpin yang selalu memberi inspirasi dengan sifat yang baik serta minat yang mendalam terhadap bola sepak. Ramli mungkin seorang penjaga gol yang hebat, mungkin seorang pemain pertahanan yang disegani atau mungkin juga seorang penyerang yang mampu melepasi ramai pemain pertahanan pihak lawan tapi apa yang penting, Mencari Ramli akan mencari seorang pemain yang mempunyai bakat yang melebihi apa yang kita ada sekarang...ingat hadiahnya!! memang berbaloi wooo.. wwwiiii.....

Venue ujibakat!!!


State
Venue
Date
Jitra      
Stadium Mini Jitra  
1st– 3rd Feb    
Taiping  
Padang Majlis Perbandaran Taiping
16th - 18th Feb  
Manjung    
Stadium Mini Manjung   
23rd - 25th Feb   
P.Pinang   
Padang Kelab Kilat TNB 
2nd - 4th March   
Pahang    
Kompleks Belia & Sukan Kuantan
9th - 11 March
Terengganu 
Kompleks Sukan Gong Badak 
15th - 17th March
Johor      
Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor
23rd - 25th March     
Kelantan     
Stadium Sultan Muhammad ke IV
5th – 7th April      
Kuala Lumpur
Padang Victoria Institution
20th  – 22nd April  
Sabah
Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah
27th - 29th April        
Melaka    
Stadium Hang Tuah
11th - 13th May      
Sarawak         
Padang B Petrajaya Kuching
18th -20th May
 
Terlepas? Tidak mengapa, saksikan program Mencari Ramli 2 di TV 3 setiap Hari Jumaat 7.30 petang hingga 8.00 malam. saksikan kehebatan pemain-pemain yang berbakat okay? Mereka pastinya hebat!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: dah tengok banyak episode dah!!!

No comments:

Post a Comment