Nuffnang Ads

Sunday, June 9, 2013

Artis 'dedah' badan di Instagram? patut ke?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Happy Sunday!! Hari ahad memang selalunya hari yang panas kan? panas yang teramat sangat kadang-kadangnya tu, tapi takpe, siapa yang ada aircond, pasang air cond kuat-kuat, dan sesiapa yang ada kipas tu, buatlah kipas anda sampai tahap maksimum. Senang kan?

Okay, baik... Seperti mana yang kita sendiri tahu, artis pun macam orang biasa juga, ada FB, ada Twitter, ada Keek, ada Instagram dan lain-lain apps social media lagi yang ada dalam dunia ni. Iya, mereka pun ada. Kadang-kadang mereka pun tangkap gambar.. macam kita juga, cuma yang membezakan kita dan artis adalah mereka adalah public figure yang dikenali ramai dan kita? Cumalah insan biasa. Menjadi artis or public figure or selebriti, ada harga yang perlu dibayar, iaitu harga kebebasan. Kebebasan setiap selebriti akan dirampas jikalau menjadi selebriti. Mereka sebenarnya, seolah-olah tidak boleh buat seperti orang biasa buat, kebebasan mereka tersekat.

Sebagai contoh, saya amik gambar dan letak dalam Instagram tetapi gambar yang saya ambil tersebut sedikit mendedahkan sana dan sini, tetapi mungkin kawan-kawan rapat yang ada instagram sahaja yang tahu sebab saya bukan selebriti or artis, tetapi, jikalau seorang artis A mengambil gambar yang revealing sedikit, or banyak or memang mendedahkan, mereka akan dihentam. Sebab? Mereka dikatakan memberikan contoh tidak baik kepada anak remaja yang meminati mereka. dan mereka juga dikatakan, terlalu mengagungkan cara hidup barat. Wow! Takut saya mendengarnya.

Memang macamtu, bukan memenangkan artis tersebut, cuma, kadang-kadang, mereka tidak sengaja, iya lah, kontroversi bukan hendak dibuat dengan sengaja, Kalau ada yang buat kontroversi sengaja tu, memang sengaja mencari nahas. Kan? Tapi dorang ni dah dilatih untuk menghadapi segala tomahan masyarakat. Betul tak?

Cuma kita ni yang memaparkan gambar artis tu, artis ni dalam blog kita, dan membuat kontroversi mengenainya semata-mata hendak menaikkan rating blog, itu lagi hebat. Entah-entah, ada antara kita mengikut Instagram artis-artis ni sebab nak jadikan cerita dan naikkan rating blog? Hebat, macam wartawan hiburan dah!

Assalamualaikum WBT

p/s: saya pun follow @AbilSuhaimi tapi okay je pictures-pictures dia. 

No comments:

Post a Comment