Nuffnang Ads

Monday, June 10, 2013

Derma atau Tajaan?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda sekalian? Selalu tanyakan khabar kan.. seronok. 

Hari ni adalah hari yang agak gembira, sebab satu banyak kerja perlu dibuat, dua, hari tak berapa panas dan ketiga, tiada tekanan yang memuncak. Alhamdulillah, seronok. 

Tadi cakap-cakap dengan kawan, terkeluar dua istilah yang berlainan dan saya percaya, maksudnya juga amat berbeza bukan? cuba baca penjelasan saya dengan menggunakan akal fikiran sendiri dibawah ini...

'Sponsor' dan 'derma'.

Pada pendapat saya, sponsor adalah satu perkara yang diiktiraf manusia sedangkan derma ikhlas adalah satu perkara yang diiktiraf oleh Allah SWT. Sama? Fikir kembali, mana sama manusia dengan Allah SWT, kan? Kalau ada yang kata sama, bawa mengucap, banyak-banyakkan beristigfar. Dosa.

Mari kita bincangkan lagi, sponsor ataupun tajaan adalah satu perkara yang memerlukan iktiraf manusia, tetapi, jikalau sponsor tersebut tidak diuar-uarkan, maka ia jatuh pulak dalam kumpulan, derma. Derma ikhlas kerana Allah SWT mendapat pahala, tetapi jikalau sering disebut-sebut, maka ia jatuh pula dalam kumpulan riak dan ia hanyalah amalan sia-sia. Elok-elok dapat pahala, dosa pula menerpa muka. Nauzubillah.

Baiklah, kalau hendak dibincangkan isu ini memang panjang, tapi ambil lah mana yang baik dan buatlah kebaikan, tapi jikalau kebaikan dibalas kejahatan, atau peribahasanya, susu dibalas tuba, makanya, berhati-hatilah, rambut kita ni sama hitam, hati? Lain-lain weh. Bukan cakap sal warna hati tu, cakap sal hati tu sendiri. Okay? faham? Bagus.

Dah lah, saya nak buat kerja sikit, jap lagi saya update benda lain,

Assalamualaikum WBT

p/s: gatal muka lak!!

2 comments:

  1. biasanya kalau mintak sponsor mesti nak kan balasan.. biasanya..heh

    ReplyDelete
  2. biela belle : yup..kan? selalunya...

    ReplyDelete