Nuffnang Ads

Thursday, June 27, 2013

Hari-hari terakhir sebagai seorang pelatih GIATMARA Raub

Assalamualaikum WBT,

Ya Allah, dah bersawang da blog ni, selalunya saya tak miss nak letak satu dua entry di papan screen anda sekalian, gitu! hahahha.. 

Okay, malam semalam, kami di GIATMARA Raub telah mengadakan satu majlis khas untuk Encik Mohd Nazari bin Leman dan juga para pelatih CNB (Confectionery and Bakery) dan FND (Fashion and Dressmaking) .

Encik Mohd Nazari akan berpindah ke Pejabat GIATMARA Negeri Pahang dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah GIATMARA Negeri Pahang, tahniah Encik!!! Cayalah!!! 

Para pelatih CNB dan FND pula akan menamatkan latihan mereka pada esok hari!!! 28 Jun 2013.. cayalah jugak!! setelah 6 bulan, tidak sia-sia kita terbabit dengan pelbagai jenis event, pilihanraya dan macam-macam kenangan yang tidak akan dapat dilupakan, segala kenangan manis, pahit akan dijadikan pedoman dan kompas buat kami di masa hadapan. Hehehe. *puitis sikit.nak tengok gambar??

Dato' Shahiruddin bin Haji Abdul Moin pun ada datang ke majlis kami semalam. Seronok, saya nyanyi lagu Cek Mek Molek, *bapak tinggi lagu tu rupanya.. dengan live band wa cakap lu!!! Memang tangkap lentok habis!!! saya suka lah nyanyi dengan live band, lebih terasa artis gitu... hahahha. *pedulik tak saya suara saya camne..hahahha.. wek!

Saje letak.. hehehe..

Nyanyian bersama...

Pelatih? basuh pinggaannn...hahahha
Haa.. boleh dikatakan, ini adalah majlis yang paling meriah, nak-nak pulak atas bukit, memang meriah lah. GIATMARA Raub sememangnya diatas bukit dan kalau live band tu memang dengar la orang bawah-bawah nun kan.. tapi tengok juga, kalau banyak kereta, tak dengar jugak kan? hahahha...

Okay2, I will write later, nak mencari bahan jap!

Assalamualaikum WBT

p/s: Esok hari last kami di FND...tata!!!

2 comments:

  1. akmal, our muslimah fashion world need someone to create muslimah fashion according to our religion needs, pls Akmal, cpt2 bukak bisnes baju muslimah, rekalah bnyk2 jubah n baju untuk kami perempuan nie ke ofis, nk baju yg korporat tp menutup aurat especially for press conference and meeting...

    ReplyDelete
  2. Ayuni : InsyaAllah, jikalau diizinkan Allah, saya akan buat, terima kasih yang tidak terhingga atas dorongan yang diberikan, insyaAllah, saya akan cuba buat.

    ReplyDelete