Nuffnang Ads

Saturday, June 29, 2013

Hormati Cikgu??

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat walafiat kan? Alhamdulillah, saya pun sihat.

Orang selalu cakap, 

"Hormatilah guru, sebab guru itu telah memberikan awak ilmu dan mintak halal kesemua ilmunya".

Okay, dari satu sudut, ia amat betul, tapi cuba pandang dari sudut ini pulak, kalau seorang guru tersebut membiarkan anak muridnya terkapai-kapai macamne pulak? Adakah dia perlu meminta halal segala masa yang terBUANG dan segala penat lelah anak muridnya yang, maybe, mendaki bukit or berhabisan sebab nak belajar? *tambang bus, minyak kereta, minyak motor, makan dan sebagainya disebabkan nak menghabiskan modul? Adakah beliau juga perlu mintak halal?

Itu adalah satu pertanyaan. Pertanyaan kadang-kadang perlukan jawapan, tetapi, kadang-kadang, tak perlu pun jawapan, cuma simpan dalam diri masing-masing. Sendiri tahu, sendiri take action kan? Habis cerita.

Saya sekarang, alhamdulillah, sudah habis latihan, dan sekarang saya nak fokuskan terhadap kerja menjahit, dan saya insyaAllah, akan menjahit baju keluarga, baju kurung, baju melayu dan lain-lain. Untuk diri sendiri, saya akan buat beberapa baju lah, insyaAllah. Ingat nak pakai seluar slek yang dibuat, MALANGNYA, SENTENG! bodohkan? menyampah!

Alhamdulillah, Cikgu Izam yang ambil alih tugas, terima kasih cikgu. Saya berada di sisi cikgu, ada hari-harinya cikgu pening, migrain, banyak fikir sebab banyak perkara yang perlu disettlekan. Iya lah kan, ada orang tinggal tahi, kita lah juga yang kena sapu. Tapi ingat, orang yang tinggalkan tahi tu, mintak-mintaknya punggungnya tak berbasuh, biar berbau sampai MATI!

Cakap pun tak guna, Biarlah, Allah SWT ada.

Assalamualaikum WBT

p/s: Terima kasih Cikgu Izam!!!

No comments:

Post a Comment