Nuffnang Ads

Tuesday, June 11, 2013

Kami Mulut Puaka! *selfproclaimed

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, sudah habis belajar di hari Selasa. Hehhee.. beberapa hati sahaja lagi kami akan belajar di GIATMARA Raub, nanti selepas habis belajar, saya akan buat review baik buruknya ye? okay tak? Ada cam rasa blogger top sikit. Hehehe..

Okay, kawan saya, Belle, ada post fasal, Orang yang mulut jahat tak semestinya jahat, tetapi orang yang mulut manis tak selalunya baik. Untuk pengetahuan ramai, ya, saya juga sebenarnya mempunyai mulut yang sangat puaka, tetapi, sepuaka-puaka mulut saya, saya tidak akan bercakap benda buruk JIKALAU orang tersebut tidak berbuat buruk.

Ada jugak setengah orang, muka nampak, baik, manis, sweet je nampak, tapi mulut! Ya Allah, ya tuhanku, kalah Wan Maimunah, *kenapa Wan Maimunah disebut? Tetiba terlintas. Kenapa tak Khatijah Tan? *Jangan bebankan minda anda okay? Kadang-kadang, yang mempunyai mulut jahat tu, baik orang nya. *maaf, bukan nak puji diri sendiri. Kawan-kawan saya di U dulu pun ramai yang mulut jahat, puaka tahap 10 pun ada. Okay, mulut puaka ada 10 tahap, saya tak sampai situ lah lagi, hahaha... tapi dengan training, insyaAllah, saya akan sampai. *apahal???? pening. hahaha..

Kalau yang mulut puaka kalau kat U dulu adalah, saya, Belle, Siti Aminah, Siti Zakiah, ni memang mulut-mulut kaw-kaw punya jahat, tapi tidak sampai mengata orang belakang-belakang, No main belakang okay? please. *aduh, mengarut lagi... betul,tak ramai yang boleh tahan dengan mulut kami ni, Bukan nak berbangga diri, tapi itulah diri sebenarnya. Takkan nak berpura-pura. Control boleh, tapi kalau dan berjumpa, apakah ertinya kan? Takkan masing-masing nak senyap dan tak tunjukkan true colours. kan? please. Be yourself kan.

saya pun kat GIAT pun mempunyai mulut yang akan lancang tetapi dengan orang-orangnya lah juga. Selalunya budak dalam kelas saya je, kalau kat luar-luar tu, takut dorang tak dapat terima kepuakaan mulut ku ini. Iya lah, 4 tahun train,. kan? hahaha.. Kalau dalam kelas, yang selalu kena adalah Umi. Umi umur dia 43 tahun, nak kata rapat, tak lah rapat sangat, nak kata tak kenal, menipulah. Cuma, saya suka mengenakan dia, sebab dia selalunya tak berapa kisah dengan mulut saya yang lancang ni. hahahha.. *kurang hajar mulut saya ni sebenarnya, tapi, saya dah cuba kurangkan dah.. dengan menyanyi. hehehe..

Dah lah, terlebih banyak pulak cakap. Nak makan. Dinner.

Assalamualaikum WBT

p/s: Mulut Puaka.
p/s: RM 350,000.00 wooo.. banyak tu pendapat Abang Nara.

No comments:

Post a Comment