Nuffnang Ads

Saturday, June 8, 2013

Karaoke lagu Dato' Sudirman Hj Arshad.

Assalamualaikum WBT,

Saya beli VCD Karaoke Lagenda Hit Dato' Sudirman tadi dengan harga RM19.90. Murah dan saya suka sangat sebab ini adalah VCD ketiga, so dalam hidup saya ni, saya sempat beli 3 vcd je..hehehe.. okay, VCD pertama, Amy Mastura *dah hilang, VCD kedua, Anuar Zain *masih ada lagi tapi lekat2 dan VCD ketiga Sudirman. Semua lagu sedap2, suka sangat! Dulu pernah tahu fasal lagi Toyol tu, tapi lepas tengok liriknya, bapaklah kelakarnya!! hahahaha.. suka lagu Toyol tu, ala-ala lagu kampung camtu, tapi rancak, suka!!!


So, sekarang VCD karaoke sudah ada, pertandingan karaoke mana? eyh!! sebelum tu kena mantapkan vokal dahulu dengan meminum air suam serta banyakkan bersenam untuk stamina. Hehehe.. *cam artis da saya weh!!! hahahha..

Ha? nak tau senarai lagu dalam VCD tu?

Disc 1
01. Merisik Khabar
02. Kasih
03. Hujan
04. Nilai Cintamu
05. Terasing
06. Gerimis di Lautan
07. Hoorey hoorey
08. Malam Ini
09. Jauh Di sudut hati
10. Balik Kampung

Disc 2
01. Milik Siapakah Gadis Ini
02. Hidup Sederhana (Basikal Tua)
03. Aku Penganggur
04. Apa Khabar Orang Kampung
05. Anak Gembala
06. Joget Kenangan Manis
07. Pelangi Petang
08. Kau Akan Kembali
09. Toyol
10. Salam Terakhir

Tengok?? Semua lagu sedap2.. dah la vokal original Dato' Sudirman yang memang best. Dua disc untuk satu HARGA?? RM19.90... berbaloi-baloi!!!

Dah lah, nak karok ni..

Assalamualaikum WBT

p/s: Mantapkan untuk pertandingan karaoke di Kuantan, betul tak kak Miza?

No comments:

Post a Comment