Nuffnang Ads

Tuesday, June 18, 2013

Kursus dah nak habis, modul tak HABIS LAGI!! Aduh!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Mesti anda semua sihat kan? Alhamdulillah,

Baik, hanya tinggal beberapa hari sahaja saya dan kawan-kawan GIAT akan berada di GIATMARA Raub, ini kerana, kami akan tamat belajar tak lama lagi, TETAPI!!! masih ada beberapa modul yang tidak habis, sebab ada cikgu yang tak mengajar, 

Adakah perlu langkah extreme lagi drastic dilanjutkan ke GIATMARA Induk di Kuala Lumpur?

Ada saya terfikir akan menulis sesuatu mengenai hal yang sedemikian, tetapi, hati ini masih diberitahu supaya tunggu supaya dia berubah. Tetapi, mungkin orang seperti ini tidak boleh dan tidak mahu berubah. Aduh, pening kepala.

Kalau hendak dikatakan takde masa untuk mengajar, jauh sekali, beberapa kali terserempak di luar. Hebat? Mungkin, tapi Allah SWT ada, jangan lupa. 

Dah lah, bersedia je lah yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: hajat untuk belajar dengan ikhlas, tetapi begini jadinya, nasiblah kau.

1 comment:

  1. nnt hari last tnya dia silibus yg xhabis tu nk kira gane?

    ReplyDelete