Nuffnang Ads

Thursday, June 27, 2013

Persamaan Encik BEN dan Encik MAT di Dunia Blog.

Assalamualaikum WBT,

Bercakap fasal Copy and Paste, hurm.. mesti banyak perkara yang terlintas di fikiran anda kan? Iya,  kita berblog bagai nak rak, tulis ilmu, tulis perkara-perkara yang hebat, berita dan cerita lain-lain, alih-alih, isi kita diambil dan dicolek dan diratah-ratah oleh orang lain, itu adalah perkara yang terakhir untuk kita fikirkan kan? hehehehe... TIDAK!! Sebenarnya, copy and paste isi blog lain adalah sebenarnya satu kesalahan, NAMUN, ia tidak menjadi salah jikalau ada backlink, bukan apa, at least bagi lah credit sikit kan, sebab, bukan awak yang tulis entry tersebut.

Tapi pada sesetengah orang *yang meng-copy tulisan orang lain tanpa backlink, itu adalah perkara biasa

"Eh! takyah letak backlink lah, lagipun, dia dah famous".

Haa.. ni nak cakap sikit, yang dah famous tu lah yang bahaya, *bukan bahaya apa, bukan, cuma buat kalau orang yang famous tu hati cam saya, sikit-sikit nak saman,hahaha, ha? Tak ke naya, Ingat! awak berdaftar dengan blogspot or wordpress dan lain-lain, dan setiap email yang awak buat, ada maklumat diri, lain lah kalau awak buat 600 email untuk diri awak sorang, *psycho!! 

Contoh mereka yang sering di copy adalah Encik BEN, sehangat Teduhan Kasih diri beliau. Gambar FB dia, nama dia, dikopi dan dipastekan, dan, ada sesetengah menyamar menjadi dirinya, Apakah anda tidak yakin dengan diri anda sendiri? Please! Yakinkan diri dan gunalah identiti diri sendiri, okay? Kesian encik BEN, nama elok-elok, nanti orang lain buat salah, dia yang kena buruk...tak baik!! DOSA!!!

lagi seorang blogger yang sering mendapat perhatian, of course lah Encik Mat dari Dapur Tanpa Sempadan dan ada beberapa kali dia meluahkan rasa tidak puashati sebab hasil kerja dia diciplak dan ada yang lebih berani mencilok gambar milik beliau dan meletakkanya di dalam majalah masakan!! TAK MALU WOI!!! TAK MALU!!! please lah, jangan lah buat camni, susah sangat ke nak amik gambar makanan? 

Okay, memang susah lah kan, kalau editor majalah tu sendiri tak masak kot, sebab tu ada yang sanggup mengambil gambar dari Cik Mat, ohhh.. tak malunya.. kalau saya tu, malu wehhh.. malu!!!

Tapi cakap banyak pun tak guna kan? Bukan apa, ramai je peng-kopi diluar sana yang saje je tutupkan mata dan pekakkan telinga dan terus mengkopi tanpa rasa bersalah. 

Dah lah, mengantuk, esok nak fokus dan esok jadual pack, maklumlah, hari last! hahahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: keletihan. Bukan senang nak jadi Usahawan Fashion ni...

2 comments:

  1. itulah, selamba ambik gambar org kan. nasib baik gambar lulu takde org salah guna. hehe

    ReplyDelete
  2. Lulu Caldina : Kan!!! sek bek.. hehehe.. kita amik dari En Gugel je kan? hehehe..

    ReplyDelete