Nuffnang Ads

Tuesday, June 11, 2013

Persamaan saya dan Rozita Che Wan MasterChef Selebriti Malaysia.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Mesti semua sihat kan? saya pun sebenarnya pun dah nak tidur dah tapi selepas menonton MasterChef Selebriti tadi, teringat akan kata-kata Michael Ng,

"tak kisah lah kita ni warna apa pun, bangsa apa pun, saya gembira dapat join MasterChef Selebriti ni. Kita semua sama sahaja, yang membezakan kita adalah kepercayaan (agama)".

Simple dan dalam maksudnya.




Tapi apa-apa pun, ada drama sikit tadi sebab Cik Ta (Rozita Che Wan) berasa dia sepatutnya pergi bersama Mike (Michael Ng), tapi ada kebenaranya apa yang Mike cakap tu, kita tak pernah tahu pun apa yang Cik Ta rasa, iya, semua orang ada rasa skeptical terhadap Cik Ta, iya, dia cantik, tapi ramai yang meragui bakat memasak dia kan? memang ada pun kan? Jangan nak tipu. 

Sebenarnya, saya pun pernah merasai benda yang demikian, oleh itu, saya sendiri dapat rasakan apa yang Cik Ta rasa, orang pernah tanya saya,

"Eh, masuk GIAT ke? Amik apa?"

Saya jawab,

"saya amik jahitan."

Orang tu cakap balik,

"Ha? badan besar camni amik jahitan? Perlu belajar juga ke jahitan tu? Bukan potong kain dan terus jahit ke?"

Apa perasaan saya masa tu? nak marah? memang ada. Rasa nak tumbuk, semestinya tapi kita fikir balik, manusia boleh cakap apa-apa pun, selagi mana kita tak berjaya, selagi itulah mereka akan cakap macam-macam kat kita, tapi bila kita dah berjaya, ramai pulak yang akan cuba menjatuhkan kita. Itu biasa, apa yang kita perlu ingat adalah, kita ada Allah, tempat kita mengadu nasib kita. Banyakkan berdoa.

Bila diingat kembali, salah ke orang besar macam saya ni menjahit? salah ke? hanya kerana fizikal tidak sama dengan seni yang diambil, pemikiran skeptikal perlu disebarkan sebegitu rupa? Berapa ramai pereka pakaian lelaki dalam dunia ni? Berapa ramai seamstress dalam dunia ni? Berapa ramai creative director dalam dunia ni? Dan berapa ramai wanita dalam dunia fashion? well, model tak termasuk, please. Lagipun, kalau saya cakap benda-benda creative directors, fashion, dan lain-lain, berapa ramai je yang tak melopong kan? 

Nak-nak pak cik yang cakap kat saya tu, haram tak tau benda-benda tu semua. hahahha, geli hati pula melihat telatah bodoh pak cik tu. Kesian.

Assalamualaikum WBT

p/s: Takziah diucapkan kepada Haniff Sidek diatas permergian ayahanda tercinta. Al-Fatihah.

9 comments:

  1. Yuyu Zulaikha : huhuhuuuu...

    ReplyDelete
  2. aku suka tajuk tu..haha..

    ce bagi kain tgk kt org tu, jadi tak baju..ke jadi benda lain...

    ReplyDelete
  3. Naz : kan.. tau takpe.. bakat lain-lain kan?

    ReplyDelete
  4. Setiap org ada kelebihan dan kekurangan...tak sama.....

    Jika ada kelebihan..skill..minat..kte manfaatkan sebaik mungkin....tu la rezeki...

    ReplyDelete
  5. aziekz : kan.. manfaatkanlah kan.. hehehe. insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. pujuk lah hati untuk bersabar dgn segala kata-kata bodoh yang dilemparkan terhadap kita..apa yang akmal tulis tu sume betol..sifat dengki,xpuas hati,suka ngata org memang wujud dalam diri manusia jahil....kita org berilmu xperlu nk layan sgt ckp org yg xsama level ngn kita :-) smile always k

    ReplyDelete
  7. pujuk lah hati untuk bersabar dgn segala kata-kata bodoh yang dilemparkan terhadap kita..apa yang akmal tulis tu sume betol..sifat dengki,xpuas hati,suka ngata org memang wujud dalam diri manusia jahil....kita org berilmu xperlu nk layan sgt ckp org yg xsama level ngn kita :-) smile always k

    ReplyDelete
  8. angelcrackhaunted: hehehe.. kan? memang ada, setiap manusia ada, cuma kalau dengki tu, buatlah dengki kearah kebaikan kan? payah sangat ke kan? okay, saya selalu smile, time marah betul2 je marah betul sangat..hahahha thanks sebab komen...

    ReplyDelete