Nuffnang Ads

Friday, June 7, 2013

Samun di Kampung Kuala Atok. Mangsa diikat.

Assalamualaikum WBT,

Satu samun telah berlaku di Kampung Kuala Atok, bersebelahan dengan Kampung Jenud, Sega, Raub, Pahang. Samun yang dilakukan ketika solat Jumaat telah mengejutkan banyak pihak. Orang dalam rumah diikat dan banyak harta benda pemilik rumah disamun. Suspek dikatakan memakai baju biru dan mukanya bertutup. 

Aduh, dah dekat dah dengan kampung saya tu. Kampung saya kampung Jenud dan mak saya sekarang ketakutan sebab merasakan kejadian tersebut terlampau dekat. Apa nak jadi dengan manusia sekarang? Okay, fahamlah, tuan rumah yang kena samun tu, kontraktor, memanglah kaya, tetapi, kenapa perlu merompak? samun? Takkan lah dia simpan duit kat dalam rumah? Please lah, penyamun tu bodoh sangat kenapa? ha? Takde otak? please. 

Dah lah puan rumah tersebut diikat dan saya tak tau la apa nasib anak-anak mereka. Kesian mereka kan? Kalau mereka ada dirumah, mesti mereka trauma. Aduh. takut sungguh.

Ni pun mak saya mesti tak tidur punya lah, tengok lah nanti. Mesti terjaga-terjaga. Kesian mak, dah lah mak saya ni jenis yang mudah ketakutan. Sabar ye mak.

dah lah, saya pun mengantuk jugak, jadi,

Assalamualaikum WBT

p/s: nak tidur. Sek bek takde kerja banyak.

No comments:

Post a Comment